April 11, 2010

Golongan yang memasuki TUJUH pintu NERAKA

NERAKA sebagai tempat penyeksaan untuk golongan yang ingkar terhadap Allah SWT dan rasul-Nya lebih dikenali sebagai JAHANAM dan ia memiliki tujuh pintu.Setiap pintu pula sudah ditetapkan untuk golongan tertentu. Pintu (tingkat) neraka yang disebutkan di dalam al-Quran adalah:

1) HAWIYAH: Diperuntukkan untuk golongan yang ringan timbangan amalannya iaitu kalangna mereka yang selama hidup di dunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukkan. Orang Muslim lelaki dan perempuan yang tindak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran Islam sperti tidak memakai jilbab, lelaki Muslim yang sering memakai sutea serta emas, mencari rezeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya. (Surah al-Qariah)

2) JAHIIM: Tempat penyeksaan orang musyrik atau golongan yang menyekutukan Allah SWT. Mereka akan diseksa dengan objek sembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah satu dosa yang paling besar kerana syirik bermaksud menganggap bahawa ada makhluk lebih hebat dan berkuasa selain Allah SWT serta ada Tuhan selain-Nya. (Surah asy-Syu'ara' dan Surah as-Saffat).

3) SAQAR: Tempat untuk orang munafik iaitu mereka yang mendustakan perintah Allah SWT dan rasul. Mereka mengetahui Dia sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Nabi Muhammad SAW, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. (Surah al-Muddasir).

4) LAZHAA: Disediakan untuk golongan yang suka mengumpul harta, serakah dengan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mahu bersedekah, membayar zakat, ahkan bermasam muka apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. (Surah al-Ma'arij).

5) HUTHAMAH: Disediakan untuk golongan yang gemar seperti emas serta perak, tamak selain tidak mahu mengeluarkan zakat harta, juga menghina orang miskin. Di neraka ini, harta yang dikumpul akan dibawa dan dibakar untuk mereka minum sebagai seksaan. (Surah al-Humazah)

6) SA'IIR: Isinya golongan kafir dan pemakan harta anak yatim. (Surah al-Azhab, Surah an-Nisa', Suah al-Fath dan Surah Luqman)

7) WAIL: Untuk pengusaha dan pedagang yang licik dengan cara mengurangi berat timbangan, juga menipu barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan berganda. Barang dagangan itu akan dibakar dan dimasukkan ke dalam perut mereka sebagai azab dosa yang dilakukan. (Surah al-Tatfif dan Surah at-Tur)

Itula tujuh jenis NERAKA yang telah disebutkan di dalam al-Quran. Marilah kita sama-sama renungkan amalan-amalan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan di dunia ini. Kehidupan dunia hanya sementara manakala kehidupan di akhirat kekal abadi. Sama-samalah kita bermuhasabah diri.

2 comments:

etomyam said...

salam...mintak jauh dari menjadi semua golongan tu

myazara said...

wasalam..same2 kta berdoa..diampunkan segala dosa2 kita yang lepas, sekarang dan akan datang..

Iklan