Showing posts with label Islamic. Show all posts

August 07, 2011

Mari membaca dan memahami al-Quran - Surah Al-Qadr

[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

-----------------------------
note : copy and paste from here

Mari membaca dan memahami al-Quran - Surah Ash-Sharh (Alam Nashrah)

[1]Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? 
[2]Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) - 
[3]Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? 
[4]Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? 
[5]Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
[6](Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
[7]Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8]Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Mari membaca dan memahami al-Quran - Surah Al-fatihah

[1]
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

-------------------------------------

Notes : copy and paste from here

August 01, 2011

Hikmah berpuasa dan kelebihan Ramadhan

Dalil Al-quran : -

Maksudnya : " Wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa" ( surah al -Baqarahn:183)

Dan firman-Nya lagi :-

Maksudnya : Pada bulan Ramadhan, diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak daan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa " (surah al-Baqarah :185)

--------------------------------------

Hikmah berpuasa dan kelebihan ramadhan : -
1. Ketibaan ramadhan, umat islam di selurih pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa yang tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.

2. Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam.
3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang taat kepada Allah. Justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketaqwaan.
4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.

5. Puasa itu disifatkan oleh Rasullullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran

6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil

7. Ketibaan ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu nerakat dan dirantaikan syaitan

8. Malam Nuzul al-Quran (17 ramadhan) merupakan saat yang penting al - Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman

9 . Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkataan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT

Notes : sumber dari buku "Indahnya Hidup Bersyariat" - Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

December 06, 2010

Perihal Adam dan Hawa

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,
Hati,fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya,
Apa lagi yg tidak ada di syurga????
Namun Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa...

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri,
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki...

Tetapi kalau lelaki sendiri yg tak lurus,
Tak mungkin mampu nak meluruskan mereka,
Tak logik kayu yg bengkok menghasilkan bayang2 yg lurus...

Luruskanlah wanita dgn cara yg ditunjuk Allah,
Jangan cuba jinakkan mereka dgn harta,
Nanti mereka semakin liar,
Jangan hiburkan mereka dgn kecantikan,
Nanti mereka semakin menderita...

Jinakkan diri dgn Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita....

Jangan mengharap isteri seperti SITI FATIMAH,
Kalau peribadi belum lagi seperti SAIDINA ALI...

Kenalkan mereka kpd Allah,
Zat yg kekal,
di situlah suisnya....

Bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan,
Itu bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan,
Kerana rahim wanita yg lembut,
Itulah yg mengandungkan lelaki2 waja seperti negarawan,jutawan dan 'wan-wan' yg lain,
Tidak akan lahir superman tanpa superwomen...

Wanita yg lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan....

Tanpa ilmu,iman dan akhlak,
Mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan,
Bahkan mereka pula yg membengkokkan...

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan,
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri,
Apa lagi mengenal lelaki...

Lebih ramai lelaki yg dirosakkan oleh perempuan,
Daripada perempuan yg dirosakkan lelaki,
Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki...

Kini bukan sahaja ramai boss telah kehilangan secretary,
Bahkan anak pun akan kehilangan ibu,
Suami kehilangan isteri,
Dan bapa akan kehilangan puteri...

Bila wanita derhaka,
Dunia lelaki akan huru-hara,
Bila tulang rusuk patah,
Rosaklah jantung,hati dan limpa...

Para lelaki pula jgn hanya mengharap ketaatan,
Tapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
Pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya....

Notes :copy n paste je

December 05, 2010

Al-quran untuk hantaran

Kepade mereka2 yg nk menghantar dan menerima hantaran... fikirkan

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.    

    Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,  berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

 Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

notes : copy n paste untuk panduan semua

November 09, 2010

Begitu mulia insan yang bergelar 'isteri'

Mulianya seorang isteri disisi Allah. Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan. Jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak. Jangan takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu. Layan lah suami."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala. Jangan buat dek je, Jangan buat alasan itu dan ini pulak. Ingat tu si isteri yee!Kata nak pahala lebih.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung
.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah. Ganjaran Alah keatasnya jua.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

notes : copy n paste je

May 10, 2010

surah yassin ayat ke- 58

aku nak kongsikan sedikit dengan korang satu perkara..tadi check email..then tengok dapat msg..dan aku rasa perkara ni boleh di manfaatkan untuk semua orang..Insyaallah

 Dari cerita seseorang,
 
True story : my story . My sister was staying with me some months ago. My sister was bleeding profusely akibat pendarahan dalaman. Ketika itu jam 10 malam. Panic, apa nak dibuat? Mak, ayah semua nya dah arwah. Teringatkan Pak Kiai di Rawang yang sering merawat sister itu, I asked my niece to call and ask him what we should do? He said " baca ayat 58 dr surah Yassin  dan niat sambil meniup kearah duburnya bagi menghentikan pendarahan tersebut". So my niece pun buatlah. A few seconds later darah pun berhenti. Oh god, what a miracle, alhamdullilah, leganya.
From that day onwards, itulah yang saya buat apabila ada orang yang perlu bantuan menghentikan pendarahan.. Yakinlah dgn ayat2 Allah.
Hjh Noor Aini

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

AMINnnnn. 

April 22, 2010

Doa untuk mu

Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya,  perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
 
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

April 18, 2010

Tanda2 kematian

Tanda 100 hari sebelum mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan alaman dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita aiaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Mati
Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

April 11, 2010

Golongan yang memasuki TUJUH pintu NERAKA

NERAKA sebagai tempat penyeksaan untuk golongan yang ingkar terhadap Allah SWT dan rasul-Nya lebih dikenali sebagai JAHANAM dan ia memiliki tujuh pintu.Setiap pintu pula sudah ditetapkan untuk golongan tertentu. Pintu (tingkat) neraka yang disebutkan di dalam al-Quran adalah:

1) HAWIYAH: Diperuntukkan untuk golongan yang ringan timbangan amalannya iaitu kalangna mereka yang selama hidup di dunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukkan. Orang Muslim lelaki dan perempuan yang tindak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran Islam sperti tidak memakai jilbab, lelaki Muslim yang sering memakai sutea serta emas, mencari rezeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya. (Surah al-Qariah)

2) JAHIIM: Tempat penyeksaan orang musyrik atau golongan yang menyekutukan Allah SWT. Mereka akan diseksa dengan objek sembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah satu dosa yang paling besar kerana syirik bermaksud menganggap bahawa ada makhluk lebih hebat dan berkuasa selain Allah SWT serta ada Tuhan selain-Nya. (Surah asy-Syu'ara' dan Surah as-Saffat).

3) SAQAR: Tempat untuk orang munafik iaitu mereka yang mendustakan perintah Allah SWT dan rasul. Mereka mengetahui Dia sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Nabi Muhammad SAW, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. (Surah al-Muddasir).

4) LAZHAA: Disediakan untuk golongan yang suka mengumpul harta, serakah dengan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mahu bersedekah, membayar zakat, ahkan bermasam muka apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. (Surah al-Ma'arij).

5) HUTHAMAH: Disediakan untuk golongan yang gemar seperti emas serta perak, tamak selain tidak mahu mengeluarkan zakat harta, juga menghina orang miskin. Di neraka ini, harta yang dikumpul akan dibawa dan dibakar untuk mereka minum sebagai seksaan. (Surah al-Humazah)

6) SA'IIR: Isinya golongan kafir dan pemakan harta anak yatim. (Surah al-Azhab, Surah an-Nisa', Suah al-Fath dan Surah Luqman)

7) WAIL: Untuk pengusaha dan pedagang yang licik dengan cara mengurangi berat timbangan, juga menipu barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan berganda. Barang dagangan itu akan dibakar dan dimasukkan ke dalam perut mereka sebagai azab dosa yang dilakukan. (Surah al-Tatfif dan Surah at-Tur)

Itula tujuh jenis NERAKA yang telah disebutkan di dalam al-Quran. Marilah kita sama-sama renungkan amalan-amalan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan di dunia ini. Kehidupan dunia hanya sementara manakala kehidupan di akhirat kekal abadi. Sama-samalah kita bermuhasabah diri.

Iklan