October 25, 2009

final semester

29 hb oct 09 ini final exam bakal menjelma...perasaan bercampur baur...takut sebab paper2 sem ni quite tough..excited sebab dah nak graduate..hopefully i can grade on time...Amin

last semester ni jugak macam-macam dugaan yang datang...love?friendship?...

sepanjang hampir 3 tahun aku duduk di sini..macam-macam kerenah kawan yang aku jumpa...memang susah nak carik kawan yang boleh kongsi suka and duka bersama..i'm right??

time senang ramai yang mencari..tapi bila susah????bermacam-macam alasan yang dicari...

awal2 semester kecoh pasal kes H1N1...ada sorang budak sini yang meninggal akibat virus tu...kesian, suppose dia bakal gradute sem ni...disebabakn kes ni jugak cuti study week ditarik...so kena manfaatkan masa yang ada..

seminggu lepas..uitm segamat ada masalah elektrik...riuh rendah dibuatnya...kat kelas gile panas...ada lecturer yang xbuat kelas...terpaksa pakai generator...

Alhamdullillah..keadaan dah beransur pulih...cuma aku ada mengalami tekanan sikit...tapi, setakat ini boleh lagi dikawal...takut time2 final ni "sakit" aku datang lagi...semoga Allah melindungi aku..Amin

September 18, 2009

menjelang hari raya aidilfitri

Tahun ini aku rasa sambutan aidilfitri dalam keadaan bersederhana sahaja..tidak dapat aku bayangkan perasaan mak & ahli keluarga yang lain..even aku sekalipun bila terbaca balik post2 aku dalam blog sendiri pun boleh mengalir airmata...

-----------------------------------
aku sampai rumah hari rabu kelmarin..plan nak balik saing dengan kak nora x jadik..nasib baik last minute punya decide, tiket bas ada lagi...balik saing dengan anis...aku belikan 3 jenis kuih raya untuk mak..so, xpayah penat2 nak buat lagi..nanti tinggal buat kek je..

----------------------------------

pagi ni mak pergi bandar dengan kak long..pergi berbelanja untuk raya nanti..aku balik rumah ni bukan dengan tangan kosong...huhuhuhu..banyak ole2 dari lecturer..that mean assignment..hahaha..after raya, we need to submit and present its...untuk project business plan.. dah 70% siap...for audit just prepare for presenting...

naik raya juga bermulalah test 2...wawawa...pengsan lagi lah nanti..

---------------------------------

internet network kat rumah pun x berapa ok sangat..ni pun pakai prepaid broadband maxis..subscribe for daily..tu pun kena rm8...nak buat assignment punya pasal...malas nak pergi cc..

August 23, 2009

entry bergambar

edited by me

langkah berjaga-jaga (H1N1)
sempat plak fara tido..huhuhu

my birthday cake..sponsor by GD (16hb Aug 88)

boy or girl??

bulan ramadhan tanpa abah..

Bangun sahur cuma makan kurma dan air kosong je..terdetik di fikiran, macam mana mak sorang-sorang kat umah..mak bangun ke sahur pagi ni?

aku masih lagi dalam mimpi...peristiwa 23 hb may 2009 masih bermain dalam fikiran aku...dan aku tak tahu sampai bila ia akan tetap menghantui aku..

aku nak sangat jumpa arwah abah..dalam mimpi...sekejap pun jadi lah...tidak dapat aku bayangkan bagaimana sambutan hari raya tahun ni..bersederhana sahaja...

mujur ada kawan-kawan kat sini yang happy go lucky..sebab kalau ikutkan aku tidak dapat terima hakikat yang sebenar..hakikat yang abah dah tak ada lagi..tapi apakan daya?Allah lebih sayangkan abah..aku tahu abah bahagia di sana..

---------------------------

hari pertama puasa bantai tidur je..huhuhu..dah azan zohor baru bangun..dasar kuat tidur...hehehehe...first puasa jugak x banyak makanan dijual..penat je jalan pergi bazar...last-last beli makanan kat gerai cik mat je..seperti biasa lah..udang masak sambal pilihan aku...

minggu depan rancang nak balik kampung..aku ajak abi balik sekali..tapi dia kata x janji lagi..takut dia ada program lain..kalau dia x tak jadi ikut nanti, aku balik naik bus je...

apa aktiviti hari pertama puasa????

1) tidur sampai x ingat dunia
2) cabut bulu ketiak..gd yang buat..huhuhuhu..sakit tu..first time tu
3) layan cite ghost 2..best jugak citenya..psiko giler pembunuh dalam cite tu

esok,macam mane pulak???kita nanti kan...

semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebelum ini dan semoga ibadah dan amalan aku diterima Allah..Amin..sememangnya aku hanya insan yang sangat jahil dan hina..

August 18, 2009

untitle....

ni sekarang kat dalam kelas..suppose kena buat web..tapi xda mood nak buat..buat kat bilik je lah nanti...sebab material nak buat web tu xda simpan kat dalam pen drive..semua kat dalam laptop..so xda semangat nak buat..yang lain bersemangat nak buat...relax lah..minggu depan baru puan nak check...sory ye puan..sebab saya buat kerja lain...huhuhu..

esok,khamis & jumaat berderet ada test..huhuhu..kena perah otak lebih sikit..boleh pengsan di buatnya..3 test dah lepas haritu..but i'm not sure that i perform well for that paper...so sad..this semester i should push my self..i must do the best for my final exam..because this is my last semester..hopefully God blessing me..Amin...

bosannya....
bila puan habis kan kelas ni..dah beku duduk dalam ni..ni pun dah selsema..sebut pasal selsema..dekat sini dah ada sorang yang meninggal di sebabkan H1N1..budak B.Acc part 8..kesian sebab arwahyarham akan tamatkan pengajian pada semester ni...but this is fate,isn't??
its is unexpected..takdir kita telah di tentukan oleh Allah S.W.T..kita sendiri tidak tahu bila turn kita pulak..semoga kita mati dalam cahaya islam & mendapat rahmat dariNya...Amin..
sedar x sedar,usia aku dah cecah 21 tahun..sudah matang kah aku? boleh ke aku buat keputusan yang terbaik untuk diri ku ni?

ni birthday kek..gd belanja

huhuhuhu..tak tahu nak tulis pe lagi...kelas pun dah nak habis..balik nanti buat kat bilik je lah..dah ada idea nak buat macam mane...

August 09, 2009

surat 100 hari pemergiannya..

Entah kenapa malam ni aku tak dapat tidur..teringat kan arwah abah...kadang-kadang aku terfikir yang abah maih ada di rumah..tapi bila dah tersedar dari lamunan...itu semua hanya sekadar mimpi...kak nora email kan surat untuk ahli keluarga lain di sini...aku orang yang kedua membacanya setelah abg adam husband kak nora..
sebak sungguh bila membaca isi kandungan surat tu..tapi seboleh-boleh aku cuba kuatkan hati ku ini..luaran ku nampak kuat..tapi dalam..hanya Allah saja yang tahu..
16 hb august ni genap umur aku 21 tahun...dan tahun ini juga aku kehilangan abah...sukar untuk aku menggambarkan perasaan aku yang sebenar...sudah 79hari abah meninggalkan aku sekeluarga..tapi aku rasa macam semalam aku baru jumpa abah...
aku xdapat nak balik minggu depan untuk kenduri arwah abah..so aku kena poskan surat akak nora tu..tak dapat aku bayang kan perasaan mak nanti..perasaan adik beradik yang lain..
tak lama lagi dah nak puasa & then raya...arwah abah suka sangat makan biskut kacang...2 bekas untuk abah sahaja..kuih tu lah yang cepat habis...xtahu lah mak buat ke tidak kuih tu untuk raya tahun ni..sebab mak akan teringat kat arwah abah..
sarah rindu sangat kt abah....
tak tertanggung sebak di dada..
ni adalah isi kandungan surat dari kak nora

---------------------------------------------------
Assalamualaikum,
Buat tatapan Kak Long, Cik Mad, Kak Ngah, Abg Hosni, Abg Halim, Kak Ani, Abg Jamal, Kak Ujie, Abg Yunus, Adam suamiku, dan Sarah. Semoga semua sihat hendaknya.
Sedar tak sedar, sudah mencecah 100 hari pemergian Abah. Nora rasa seperti baru semalam mengucapkan selamat tinggal pada Abah di saat Nora pulang ke Semenchu pada bulan Disember 2008 yang lalu. Itulah kali terakhir Nora menatap wajah Abah. Rasa seperti mahu memutarkan kembali masa. Jika diberi peluang kali kedua, jika Abah masih ada, akan Nora cuba untuk jadi anak yang lebih baik. Yang mampu memberikan segala apa yang diminta dengan segala kudrat yang ada. Namun, semua itu tak mungkin akan berlaku sebagaimana yang kita tahu.
Walaupun Nora tidak dapat menghadirkan diri dalam perbincangan keluarga kali ini, sebagaimana Nora tak dapat hadir di kala pengebumian Abah, Nora yakin adik beradik yang lebih tua lebih mengetahui apa yang terbaik buat keluarga. Dengan peluang yang ada, bermuzakarahlah dengan berhemah, seperti orang dewasa dan berakal selayaknya. Apa yang Nora harapkan hanyalah, hati Mak perlu dijaga. Jangan ada sesiapa yang sakitinya. Pada waktu sekarang ini, sepatutnya tugas kita yang menjaga makan dan pakainya, bukan sebaliknya. Ini peringatan untuk diri Nora sendiri juga. Kita hanya ada satu peluang sahaja di dunia. Lakukan sebelum Mak pejam mata.
Hanya jika kalian tahu betapa sukar menjalani kehidupan bersendirian di sini. Dari segi luaran mungkin nampak seperti tiada masalah, tapi di dalam hati, emosi, tiada siapa yang ketahui. Mohon semua mendoakan agar Nora dikuatkan semangat melalui hari-hari mendatang di sini.
Sekarang, kita masih ada Mak. Wanita agung dalam hidup kita. Di mana syurga kita berada di bawah tapak kakinya. Betapa hati rasa cemburu melihat kalian boleh berada dekat dengannya. Sedangkan Nora hanya mampu mendengar suara, melihat gambar tak bernyawa. Setiap hari berdoa supaya kami dipanjangkan umur agar dipertemukan lagi di dalam keadaan kedua-duanya masih bernyawa.
Semoga dapat mencapai kata sepakat. Hanya satu yang nak kalian tahu, Nora sayangkan kalian semua.
Semoga hari raya dipertemukan kita. Wassalam.
Salam rindu,
Nora

July 08, 2009

dalam kenangan

23hb my 09...

aku x sangka subuh tu menjadi satu hari yang akan di kenang sampai bila2..aku dikejutkan oleh mak..abah sesak nafas..cuma kami tiga beranak je masa tu..hari masih gelap lagi..aku bergegas pergi panggil jiran sebelah..abah memang selalu sesak nafas macam tu..setiap kali tu juga, terus bersiap ke hospital...

aku tolong mengurut dada abah..berpeluh satu badan abah..sementara tu mak bersiap2 pakai baju nak g hospital..tak lama lepas tu, pakcik sebelah datang rumah..abah sesak nafas sangat2..abah suruh pakcik bawa g hospital..

abah mintak aku amik kan air untuknya..aku minumkan..tapi lepas tu dia tepis tangan aku..aku urut dada abah sorang2..

tiba-tiba....

badan abah longlai..aku sempat tahan, nasib baik tak tersungkur..aku sandarkan kat kerusi malas yang selalu abah duduk..aku panggil mak..

"mak,nape abah ni?"

mata abah dah terpejam..tapi mulut masih terbuka...pernafasannya pun makin perlahan..aku terus telefon abang dan kakak-kakak aku..

"abah pengsan"..tu je yang aku bagitau diorang..

pakcik & mak panggil abah..tapi abah tak menyahut..

pakcik zikirkn kat telinga abah..

cuma lidahnya bergerak-gerak sikit..

aku telefon akak2 yang lain..

"abah dah x sedar diri, macam dah nazak"...

Allah lebih menyayangi abah..kaki abah dah sejuk..mulut abah pun dah tertutup..tiada degupan jantung lagi..

abah dah pergi meninggalkan aku wat selama2nya..

aku telefon akak2..

"abah dah xda"..tu je yang terkeluar dari mulut aku

"dah check nadi"..akak masih x percaya

"ramai yang dah sahkan..memang abah dah xda"..jawab aku

aku rasa macam dalam mimpi...

betul ke ni???

padahal, malam sebelum abah meninggal..kami tengok tv sampai pukul 12 malam..siang tu pulak, abah sihat..keluar petang ke warung..abah xda pun terbaring sakit sebelum ni..

aku pergi ke ruang tamu..aku tengok abah dah terbaring kaku..aku bacakan surah yasin..semoga rohnya di terima di sisi Allah..aku teresak-esak..tapi jauh di sudut hati, aku merelakan abah pergi..Allah lebih menyayanginya..

pagi tu, rumah aku makin lame makin ramai yang datang..bersongkok..

aku masih lagi tertanya2...

abah dah meninggal ke???

akak2 semua dalam perjalanan..cuma kak long & abg halim je yang dah ada..

cuma mase nak bgtau kt akak nora je aku x sanggup..call dia xdapat..sebab payah nak panggilan ke australia..aku just msg..

xlama lepas tu, dia call..

"betul ke?"..

"kenapa jadi macam ni?"..tanya kak nora

aku xtau nk jawab pertanyaan dia..

aku sebak..kak nora pun dah meraung..

aku bagi hp kt mak..mak pun terdiam..

kak nora balik malaysia..dia amik flight lepas zohor ke singapore..

--------------------------------------------------

kak ngah sampai masa abah tengah di mandi kan..aku tengok abah terbaring kan tempat mandi jenazah..bersih muka abah masa tu..seolah-olah macam tidur..

dalam hati terfikir yang aku masih di dalam mimpi..bile agaknya nak terjaga???

abah siap di kafankan..di semburkan minyak wangi, di sikatkan rambut...

aku sekeluarga cium abah wat kali terakhir..aku peluk abah, cium dahi n kedua belah pipi abah..

sejuk.........................

aku merelakan abah pergi..........

kak nora je yang x sempat nak cium abah wat kali terakhir...

lebih kurang pukul 11 pagi, abah selesai di kebumikan..

ramai lagi sedara mara yang x sempat nak tengok..sebab imam nak kebumikan cepat..

----------------------------------------------------

hari ni...aku masih lagi xsangka yang abah akan pergi sebegitu cepat..aku sempat bersama lebih kurang 2 minggu selepas aku balik cuti semester..

sepanjang aku kat rumah, xda sebarang perubahan pada abah..cuma abah banyak tido n x banyak bercakap..

sejak abah pergi, aku temankan mak tidur..

setiap malam sebelum tido, aku mesti teringat kat abah..

cume doa sahaja yang aku kirimkan..

semoga arwah abah di tempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh n solehah..dan sentiasa di cucuri rahmat oleh Allah..

sekarang ni, aku mulakan semester baru dengan hati yang sebak...

sebak sebab abah x sempat nak tengok aku graduate nanti...

-----------------------------------

February 19, 2009

aku yang kepenatan

Dua test dah berlalu..

aku x pasti samaada aku dapat jawab dengan cemerlangnya atau tidak..

yang aku tahu aku dah wat yang terbaik..

letih giler kepala otak aku ni..

rehat yang tidak teratur..

penat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

February 17, 2009

test..test..test

As salam..

2 minggu ni, aku sibuk dengan test 1..

FAR 300 (accounting & reporting) : 18 feb 09, rabu, DSP , 8.00pm

MAF 310 (costing) : 19 feb 09, khamis , 8.00pm

TAX 320 (taxation) :24 feb 09 , 8.00pm

MAF 330 (finance) :25 feb 09 , 8pm

erm..takut jugak sebab aku xprepare ape-ape lagi..dah lah gap dekat-dekat plak tu..aku x catch up lagi ape yang lecturer dah ajar..huhuhuhu..xpaham ape-ape langsung..

By the way, hopefully I can answer the question..i'll try my best..and don't give up..Amin

February 14, 2009

Berita dari Brisbane

Kak nora skype aku

[19:36:44] Suriana Sabri: Salam]
[19:36:54] Suriana Sabri: kalau ada passport
[19:37:16] Suriana Sabri: akak dah belikan tiket pegi brisbane dah

[19:37:19] Suriana Sabri: ujung tahun ni
[19:37:29] Suriana Sabri: sbb tiket murah
[19:37:41] Suriana Sabri: pegi balik cuma RM313++
[19:37:48] Suriana Sabri: xsampai RM400

Malangnya aku xda pasport..huhuhu..

[19:38:02] myazara: erm
[19:38:08] myazara: nak buat lah mcm ni

[19:38:30] Suriana Sabri: buatlah
[19:38:36] myazara: ok2
[19:38:47] Suriana Sabri: passport 3-4 ratus kot
[19:39:05] Suriana Sabri: tp promotion airasia tu dah abis
[19:39:07] myazara: erm

[19:39:11] myazara: nnt
[19:39:15] myazara: pk2 dulu
[19:39:41] Suriana Sabri: kalau nak pun tahun depan kot

Erm, tahun depan ok jugak..kena kumpul duit ni..ape2 pun buat passport dulu..nanti try tanya pak ucu..dia kerja imigresen..

[19:45:39] Suriana Sabri: kat sini
[19:45:44] Suri
ana Sabri: kamera murah
[19:45:52] myazara: iye?
[19:46:03] Suriana Sabri: less than 500 blh dpt sony cybershot
[19:46:17] Suriana Sabri: 8 megapixel 5x optical zoom
[19:46:21] Suriana Sabri: best tu
[19:46:33] Suriana Sabri: ada duit nak beli?

huhuhu..akak offer kamera plak..hahaha..of course lah xda duit..

Nanti lah..kumpul duit dulu..baru boleh shopping kat sane

[19:54:07] Suriana Sabri: perfume murah
[19:54:10] Suriana Sabri: murah

[19:54:18] Suriana Sabri: juga compare ngan price kat msia
[19:55:24] myazara: erm..
[19:55:37] Suriana Sabri: y MNG haritu
[19:55:59] Suriana Sabri: RM12 je
[19:56:07] Suriana Sabri: murah giler
[19:56:18] Suriana Sabri: dia nak abiskan stock
[19:56:38] myazara: original x?
[19:56:53] Suriana Sabri: kat sini xde xoriginal
[19:57:53] Suriana Sabri: sale kat sini
[19:58:00] Suriana Sabri: bukan macam sale kat msia
[19:58:06] Suriana Sabri: kat sini sale betul2 sale
[19:58:13] Suriana Sabri: kat msia tipu je

HAHA..jealousnya..

Insyaallah kalau ada rezeki dan panjang umur hujung tahun depan..sampai lah aku kat sane..

my sis..miss u so much

February 12, 2009

Ya Allah berikan aku kekuatan

bismillah..

Aku seorang insan yang sangat-sangat lemah..aku tak kuat nak hadapi dugaan Mu..Ya Allah..kenapa mesti ada hasad dengki di dunia ni?kenapa mesti ada perbalahan?kenapa mesti ada permusuhan?kenapa mesti ada sifat iri hati?kenapa mesti ada sifat xpuas hati?

Aku insan yang lemah..aku insan yang sangat-sangat jahil tentang ajaran-Mu..berikan aku kekuatan untuk hadapinya..aku tahu mesti ada hikmah disebalik yang semua ni..

----------------------------------------------------------

Santau?buatan orang?..semua ni berpunca dari sifat iri hati, dengki dan sebagainya..Siapa yang iri hati dengan aku?siapa yang dengki dengan aku?kesalahan apa yang telah aku lakukan?Memang manusia tidak lari dari melakukan kesilapan..tapi, patutkah di hukum begini?patutkah di balas sebegini?

Pernahkan mereka terfikir tentang dosa?pernahkah mereka terfikir akan balasan yang bakal mereka dapat kelak?Nauzubillah..

------------------------------------------------------------

Selama ini sakit pening aku rupanya berpunca dari sesuatu benda yang aku simpulkan sebagai 'santau'..sebelum ni aku xtahu mengenai penyakit aku sebenarnya..dah memang rezeki aku atau kemungkinan Allah nak bagi petunjuk..

19hb december 2008,

Aku pergi jumpa abi..this is our first date..xperlulah aku cerita panjang-panjang pasal first date ni..di pendekkan cerita, abi ajak aku ikut balik umah dia kat Port Dickson, Negeri Sembilan..kebetulan minggu tu, ada sedara abi buat kenduri kahwin..aku stay kat sana 3 hari..malam last kat rumah abi..aku sakit perut..abi belikan ubat gastrik kat guardian..sebab aku ingat gastrik macam selalu yang aku alami..bila sampai umah, aku tengok ramai orang datang berubat..abah abi pandai ubatkan orang..lepas semua dah balik..abi mintak abah dia tengokkan penyakit aku..abi cakap kat abah yang aku selalu sakit perut dan sakit kepala..

12.15 am

Abah abi suruh aku duduk kat atas sejadah bersebelahan dengan dia..mak abi ada duduk kat belakang aku..dia mulakan dengan menbaca ayat-ayat suci al-Quran..perut aku makin sakit..terasa macam ditusuk-tusuk..makin lama perut aku makin keras..tiba-tiba, kaki dan tangan aku menggigil..ada apa dengan aku ni?

Abah abi letak dia punya keris kat kaki aku..makin kuat gigilnya..makin menggigil makin ditekan..apa rasanya?Ya Allah, hanya Engkau yang tahu..

"kau bukan sakit biasa ni"

"ada orang dengki" tambah dia lagi

Dalam fikiran aku terfikir..siapa yang dengki??kenapa aku yang jadi mangsa?aku ada salah ke?

Lebih kurang 5.00 subuh aku baru sedar kan diri..sebelum tu aku tak ingat sangat ape yang berlaku..badan aku lemah sangat..abi cakap aku menjerit-jerit dan ketawa kuat..abi cakap tu bukan aku..abah abi cakap aku punya sakit dah lama..disebabkan dah terlalu lama, ianya makan masa yang lama untuk pulihkan..

"insyaallah, pakcik boleh tolong"

"kita hanya ikhtiar, Allah yang tentukan selebihnya"

Abah abi bagitahu lagi yang abah aku pun kena buatan orang..tambahan dia lagi, ada lelaki yang xpuas hati dengan aku sebab aku xlayan dia..siapa dia??masih lagi menjadi tanda tanya sampai sekarang..

Aku kena datang lagi berubat..kalau tidak makin teruk..masa tu keluarga aku xtahu pasal ni pun..balik je rumah aku cerita kat mak..mak risau jugak..tapi apa yang boleh mak buat..aku kalau boleh nak tanggung semua ni sorang-sorang..aku xnak susahkan sesiapa.aku nak tanggung sorang-sorang..nasib baik abi ada..abi yang banyak bagi semangat kat aku..

----------------------------------------------

Aidiladha..

Kak nora balik Malaysia..kak ngah ngan kak ujie pun sama balik..sambut hari raya korban bersama..mak cerita pasal aku kat diorang..aku pun cakap yang aku kena berulang lagi ke negeri sembilan untuk berubat..diorang x cakap ape..aku paham..diorang ada keluarga untuk di uruskan..

"umi ada abi..abi akan jaga umi"..kata-kata semangat dari abi..

-----------------------------------------------------

26 hb december 2008,

Semester baru bermula..bila aku masuk kuliah..fikiran aku kosong..apa yang pensyarah ajar aku xboleh nak tangkap masuk dalam otak aku...erm..teruk lah semester ni kalau keadaan ni berterusan..

-------------------------------------------------------

2 hb januari 2009

Aku pergi ke PD semula..kali ni aku berubat 3 malam berturut-turut..aku still menggigil lagi..duduk je atas sejadah automatically gigil..pelik jugak..abah abi still lagi gunakan keris dia..semua anggota termasuk mata dan telingga kena 'alin' menggunakan telur..peliknya, telur tu menggerutu hitam dah bentuknya berubah..

Aku diberi minum air limau nipis + lada hitam..aku muntah malam tu..apa yang aku muntahkan?telur rebus dengan ayam..padahal, aku x makan pun makanan tu siang tadi..

Malam last, aku kena mandi air limau kat luar rumah..seram sejuk badan aku di buatnya..alhamdullillah..gigil aku dah berkurangan..

"keluarga kau dulu ada bidan?" tanya abah abi

"ada, arwah nenek" jawab aku

"belah abah kan?" tambah dia lagi..dalam hati aku (macam mana pakcik ni boleh tahu)

"kau ada SAKA"..

Ya Allah..dugaan apa lagi yang Engkau beri?

"pakcik boleh tolong.tapi kena bawak keluarga kau datang sama"

Erm..nak bawak abah aku?keadaan dia pun xberapa ok..siapa??

-----------------------------------------------

Itu last aku berubat..sebab kalau aku nak datang berubat lagi kena bawak ahli keluarga..bukannya apa, abah abi takut kalau ada apa-apa jadik kat aku nanti..

aku tak boleh biarkan fikiran aku melayang..kalau tak aku boleh tak sedarkan diri..benda ni berlaku satu malam khamis haritu..

Petang tu aku memang dah pening kepala..balik kelas terus tertido..aku terjaga pun dah nak maghrib..aku bangun dan terus pergi mandi..kepala aku sakit sangat masa tu..then aku solat maghrib..time solat aku menangis..aku xtahu kenapa..selesai solat aku kuatkan semangat baca surah yassin..sambil baca airmata aku mengalir..

Aku menggucap..aku ishtifar banyak-banyak..

Ya Allah..berika aku kekuatan..

Then, aku naik katil..aku menangis..aku msg abi bagitahu keadaan aku..abi risau..abi pesan kat aku jangan fikir yang bukan-bukan..

Tapi..aku xmampu buat apa-apa..aku susah nak bernafas..kebetulan rima ada datang bilik..bila dia perasan yang aku meronta kat atas katil..lantas dia naik tengok keadaan aku..dia panggil nama aku..

"mya..kenapa ni?sesak nafas ke?'' tanya dia

aku xjawab apa-apa..aku dah mula xsedar kan diri..tapi aku ingat yang dia ada urut dada aku..dia suruh aku menggucap..

Nadia yang baru je selesai membaca al-quran, lantas pergi tengok keadaan aku..nad ngan zai kelam kabut..diorang keluar nak pergi panggil RS..aku mula meronta..aku separuh sedar..aku ketawa,..tapi itu bukan aku..aku menjerit-jerit..tapi itu bukan aku..aku tahu rima takut, tapi dia kuatkan semangat..aku antara sedar dan tidak sedar..aku tenung rima..tapi itu bukan tenungan mata aku..aku xmampu nak melawan..

Nadia masuk dan panggil nama aku..aku palingkan muka kat nad..tiba-tiba nad undurkan diri sambil meraung..kenapa nad?aku buat apa?apa yang nad nampak?

Aku ketawa besar tengok keadaan nad..tapi itu bukan ketawa aku..

Maafkan aku nad..aku xtahu ada apa dengan aku sebenarnya..

Bilik di penuhi dengan 'wing mate'..masing-masing datang membacakan yasin untuk aku..

Tapi, aku masih xsedar kan diri..

Lebih kurang seminggu keadaan aku xsembuh sepenuhnya..aku tak boleh terlalu sejuk..aku pasti akan menggigil..Macam yang berlaku masa kelas LAW..

Miss Liza tengah mengajar..aku tiba-tiba menggigil..aku bagitahu anis ngan rima..diorang baca kan ayat kursi untuk aku..miss xperasan keadaan aku sampai lah abis waktu..kaki dan tangan sebelah kanan menggigil..kaki aku kejang..xboleh nak bergerak..miss risau tengok keadaan aku..miss telefon ustaz..ustaz tu jugak yang bagi air masa malam jumaat kelmarin..ustaz xdapat datang tengok aku sebab ustaz tengah ubatkan orang..

Ustaz datang makin kuat gigil aku..ustaz baca-baca ayat al-quran dan hembuskan kat dua-dua belah telinga aku..alhamdullillah, aku boleh berdiri..ustaz pesan kat aku supaya cepat pergi berubat..ustaz tahu ke keadaan aku??

-------------------------------------------------

Sekarang untuk mengelakkan perkara yang sama berulang kembali, aku sedaya upaya elakkan dari memikirkan sesuatu yang boleh menyebabkan fikiran aku melayang..

Ya Allah,,aku bermohon kepada Mu..ampunilah segala dosa-dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa- dosa keluarga ku, dosa kawan-kawan ku..kepadaMu sahaja aku berlindung, kepadaMu sahaja aku bermohon..nerikan aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan Mu..aku redha dengan segala kehendakMu..lindungi aku dan keluarga ku dari hasad dengki manusia..AMIN

February 11, 2009

Test ku....LAW 346

Bismillahhirahmannirahhim

tadi ada comman test untuk paper partnership & company law..

aku x prepare sangat

so, i can't answer the question..

huhuhuhu

silap aku jugak

dari semester 1 sampai sekarang..

suka study last-last minit

erm..nak wat macam mane..

aku suka kamikaze

February 10, 2009

Kau Aku Punya (part 2)

aku sambung semula entry Kau aku Punya (part1)..

Dulu aku memang rajin pergi ke cc..kalau aku online je ym..dia pun pun online sama..kalau aku tak silap masa tu dalam minggu final exam..lepas ni cuti semester pulak..so aku jarang lah online..sebab kalau dekat rumah aku malas nak pergi ke cc cikgu amran tu..bukannya ape, kena datang awal-awal..kalau tidak, alamatnya tak dapat tempat lah..That why time cuti semester aku memang jarang online..tak ada kesempatan nak update friendster..huhuhu

-------------------------------------------------------------------------------

Petang tu aku pergi cc lagi..sementara belum cuti semester ni..nasib baik dia online..aku pun lupa ape yang kami bualkan..yang aku ingat..pada masa tu lah bermula kisah perkenalan kami..di akhir perbualan, dia mintak no hp aku..dia cakap lepas ni dah x dapat ym ngan aku lagi sebab aku dah nak cuti..that why dia mintak no aku..tapi aku xbagi, aku cakap..
"bagi no hp awak, nanti sya msg"

Lantas dia pun bagi..

Masa tu aku bahasa kan 'saya' & 'awak'..erm..aku xbiasa dan xgemar sebenarnya bahasakan diri macam tu..sebelum ni pun aku lebih suka bahasakan nama sahaja..

Itulah kali terakhir kitaorang chatting kt ym..sebab tak lama lepas tu aku cuti semester..huhuhuhu..lama jugak lebih kurang 2 bulan..

erm..buat ape ek cuti ni?kak ujie ajak duduk umah..kerja dengan dia..kak ujie akak aku no.5..dia duduk dekat mersing..anak baru sorang..panggilannya mira..darjah 5 tahun ni..tapi badan mengalahkan aku..emak aku pun kalah..huhuhuhu..tahun ni, mira bakal dapat adik baru..kalau tidak dulu asal tanya pasal adik mesti dia cakap..

"xnak adik!"..

Selepas 11 tahun lamanya baru ada rezeki untuk tambahkan zuriat..alhamdullillah..bersyukur kepada Allah..berbalik pada cite asal tadi..erm, daripada duduk rumah besarkan badan, so aku decide pergi mersing kerja kat restoran kopitiam tempat kak ujie bekerja jugak..aku duduk dekat rumah lebuh kurang seminggu je..dalam tempoh masa aku duduk umah lagi..

satu malam...

aku cuba dail no dia..aku save no dia 'naz'

"assalamualaikum"..aku bagi salam

"wa'alaikumsalam"..jawabnya

Erm..garaunya suara..kata hati aku..

"kenal x?"..tanya aku

"x kenal lah..sapa ni?"

aku kenal kan diri lah..malas nak main teka-teki..aku cakap saje je call..xtahu nak buat ape..kalau time tu aku ada boyfriend dah tentu aku bergayut dengan bf..di sebabkan masa tu aku single and available so aku try contact dia..malam tu just berborak kosong..tak lama pun..sebab kredit aku pun xbanyak..sejak malam tu..kitaorang selalu berbalas msg..

--------------------------------------------------------------------

May, 2008

First day aku bekerja kat 'sweet story'..owner aku chinese..his name simon and his wife's name is judi..simon sporting tapi wife dia tu cerewet ckit..kena speaking ngan dia..she can't speak malay..judi tu orang singapore..so dia xkan paham kalau aku ngumpat dia pun..aku ngan kak ujie masuk second shift..masuk pukul 11.00 am until 8.00pm..sampi je, aku kenal ngan kak rina ngan nurul.diorang kerja shift pagi..kak rina otk giler2 ckit..best layan..xda lah boring sangat..hari pertama, kak ujie ajar aku macam mane nak amek order..huhuhuhu..malu jugak..tapi wat bodoh je..

Masa aku dah start amek order..erm..macam-macam kerenah pelanggan..regular customer mesti tegur aku..

"pekerja baru eh"

aku just senyum je..uncle-uncle dari kedai sebelah selalu lepak kat kedai tu..then tiba-tiba uncle tu bleh speaking mandarin ngan aku..aku pun tercenggang lah kan..bila uncle tu tengok aku macam blur-blur je, terus unclecakap sorry..uncle ingat aku chinese girl..lepas tu ada ke patut uncle ingat aku ni wife simon si Judi tu..huhuhu..
mungkin sekali imbas same kot..sebab aku ngan dia specky & badan pun lebih kurang sama..

Hari pertama...ramai jugak yang nak usha..tapi buat bodoh je..biasa lah kerja kat kedai makan..nak xnak aku kena tunjuk muka semanis yang boleh..kalau x nanti kena complain..that why exboyfriend aku dulu, x bagi aku kerja kat kedai makan..rupa-rupanya takut kena ngorat..

Hari pertama..aku masih slow buat kerja..kadang-kadang simon tegur aku..suruh bergerak pantas..huhuhu..selain amek order..aku membasuh jugak..aku ada pecahkan cawan cina simon..huhuhuhu..apa boleh buat..lebih kurang pukul 6 lebih..kitaorang dah siap-siap untuk kemas..aku pergi naikkan kerusi atas meja..kak ujie pulak membasuh..judi kira income untuk hari ni..simon angkat meja kat luar bawak masuk ke dalam..tu lah rutin kerja aku..kadang-kadang, simon suruh kitaorang membasuh je..dia yang settle kan meja ngan kerusi..dia jugak yang akan sapu ngan mop lantai..bos yang rajin kan??erm..handsome plak tu..macam mane lah bleh dapat judi tu..muka masam je..kak ujie ada cite yang simon ada minat kat sorang budak melayu..boleh tahan cantik jugak lah..lebih ok dari judi..huhuhu

Akhirnya, siap jugak kerja aku untuk hari ni..lepak kat kedai aunty sebelah. sementara tunggu abg ipar amek..aunty peramah..dia cakap aku pandai & rajin cari duit..dia xpercaya aku ngan kak ujie adik beradik..bukan aunty je yang cakap macam tu..ramai jugak..

Fuhh..sampai umah terus mandi..lepak betul..kaki pun lenguh-lenguh sebab ke hulu ke hilir..keluar masuk amek & hantar order..

Tiba-tiba msg masuk..

'salam..mcm mane kerja tdi?' dia msg aku..

'erm..ok je..cume penat ckit' aku balas

'mmg lah kerja mane yg xpenat' tambah dia lgi

Aku pun xpasti berapa lama aku main msg ngan dia..sebab aku keletihan..

---------------------------------------------------------------------

Esoknya..

Macam biasa pukul 10.45am dah siap nak pergi kerja..aku pergi naik moto ngan kak ujie..huhuhu..merempit.. Pagi tu sebelum aku pergi kerja..dia msg aku lagi

'salam..dah pergi kerja?'

'wslm..dah nak pergilah ni'..jawab aku..

'ok lah..kerja baik2'..tu lah kata-kata dia sepanjang aku bekerja..tiap2 pagi dia xlupa bagi msg kat aku..masa tu aku x terpikir ape-ape pun..

Suatu malam..aku msg ngan dia..dia tanya aku pasal keluarga & kisah cinta aku dulu..erm..aku jenis mudah luahkan ape yang terbuku dalam hati ni..mungkin di sebabkan xda tenpat nak mengadu..aku cerita kan semuanya dekat dia..aku cerita macam mane perasaan seorang perempuan bila kasih sayang yang diberi tak di hargai..aku luahkan semuanya kat dia..aku bagitahu yang aku dah malas nak bercinta..aku bagitahu yang aku dah benci ngan lelaki..aku benci ngan kata-kata manis seorang lelaki..aku benci ngan lelaki yang suka bagi janji-janji kosong..

Sebelum aku mengenali dia, aku ada kenal seseorang..aku panggil dia rey..rey orang sarawak..rey tua 7 tahun dari aku..aku kenal rey pun dari ym jugak..makin lame kitaorang makin rapat..rey pernah cakap nak datang semenanjung untuk jumpa aku..tapi aku belum bersedia lagi..aku pun xnak amek risiko..rey is non-muslim..first time aku kenal kat dia aku pun cerita pengalaman aku yang lepas-lepas..rey paham dan rey ikhlas nak kawan ngan aku..ntah macam mane timbul perasaan sayang tu..kalau rey x msg or contact..aku macam risau..sampai suatu ketika..aku menangis..rey cakap terima kasih sebab menangis kerana rey..sejak tu aku makin rapat..aku panggil rey 'abg'..aku pernah cakap ngan rey yang aku takut hubungan kitaorang x kemana..rey cakap kenapa?..
erm..kitaorang berbeza..sangat-sangat berbeza..

"banyak yang perlu di korbankan" aku cakap kat dia..

"abg yang perlu berkorban, not yours" jawab rey

Kadang-kadang aku terfikir..perlu ke aku teruskan hubungan ni?aku teringat dekat family aku..diorang boleh terima ke?keluarga rey pulak macam mane?sering kali aku bertanya kan hal ni dekat rey..aku pernah tanya kat rey..

"abg nak peluk islam kerana sape"

"kalau satu hari abg peluk islam..bukan kerana meya..bukan kerana cinta bukan keranasapa2..tapi kerana agama dan ajarannya"..lapang dada aku bile dia jawab macam tu..jawapan seperti itu yang aku nantikan..

Tapi..ianya masih lagi mengganggu fikiran aku..betul ke yang pilih ni?adakah aku pasti?aku bukan lah seorang insan yang pandai dalam hal-hal agama..aku seorang insan yang teramat-amat jahil..jahil sangat tentang agama..aku pernah bagitahu rey, kalau rey peluk islam..aku takut aku xdapat bimbing rey..itu yang aku takut..sebab tu aku masih ragu-ragu samada nak teruskan atau tidak hubungan kitaorang..kadang-kadang kitaorang bergaduh pasal perkara ni..rey yakin kan aku yang rey sayangkan aku..tapi..aku x yakin..aku still x boleh lupa pengalaman yang lepas-lepas..aku buat keputusan untuk sekadar berkawan sahaja ngan rey..tapi rey terasa, rey nak lebih dari seorang kawan..tapi kau xyakin hubungan kami ni..

"kalau x yakin kenapa dulu bagi harapan" tanya rey..

aku serba salah..nak ditelan mati mak nak dibuang mati bapak..dah beberapa kali rey decide nak lost contact je..tapi aku xsetuju..aku pun xtahu kenapa nak pertahankan rey..

"kalau dah declare ngan sapa-sapa jangan lupa bagitahu" pesan rey..

aku mati kata-kata..

--------------------------------------------------------

Malam tu aku cerita kan semuanya kat dia..sebab dia seboleh-boleh nak tahu tentang diri aku yang sebenarnya..aku bercerita sampai menitiskan airmata..erm..sudah lama aku x menangis..kalau tidak dulu..tiap-tiap malam aku menangis..aku memang terlalu sayangkan cinta pertama aku..nama dia 'abg Lie'..bagi aku abg lie terlalu baik orangnya..cuma satu je kelemahannya..terlalu mengongkong..terlalu cemburu buta..kitaorang selaluselisih faham disebabkan perkara-perkara yang kecil..setiap kali kitaorang bergaduh..aku menangis..aku pernah bagitahu dia..

"setiap titisan airmata yang mengalir tanda kasih sayang mya kat abg"

Tapi..abg lie lupa kata-kata tu..abg lie xendahkan kata-kata tu..abg lie masih jugak cari kesalahan aku..apa salah aku?selama ni aku ikutkan kata abg lie..abg lie xbagi bekerja aku turutkan..sampai satu masa..aku dapat surat tawaran sambung belajar kat uitm segamat dalam bidang perakaunan..aku ingat abg lie gembira..aku ingat abg lie akan bagi aku sokongan & dorongan..tapi..hampa..kitaorang bergaduh..abg lie x bagi aku terima tawaran tu..alasannya takut aku berubah hati..disebabkan aku sayang sangat kat abg lie..aku mengalah..aku bagitahu kat mak yang aku xnak sambung belajar..sebelum tu aku sambung tingkatan 6..lepas dapat surat tawaran aku terus berhenti..kak nora gembira bile tahu aku dapat masuk uitm..kak nora yang excited..Tapi..kerana abg lie aku nekad xnak sambung belajar..then abg lie bagitahu yang abg lie nak hantar meminang..aku setuju je..aku cerita kat mak aku.. mak x kisah..erm..lepas tu kak long, kak ngah, kak ujie & kak nora pun dah tahu pasal abg lie nak masuk meminang..kak ngah & kak nora menentang keputusan aku..

satu hari, bag lie suruh mak nya call umah cakap ngan parent aku yang abg lie nak hantar rombongan..mak abg lie berbual ngan abah aku..abah cakap..

"biarlah sara belajar dulu"..bila dengar abah cakap macam tu..mungkin mak abg lie terasa..erm..ntah lah..

Masa tu aku xtahu nak gambarkan aku punya perasaan..aku sedih..mungkin terlalu sayangkan abg lie..sampai kak nora mintak no hp abg lie..nak x nak terpaksa jugak aku bagi..ntah apa yang kak nora cakap ngan abg lie aku pun xtahu..last-last lembut jugak hati aku nak sambung belajar..kak ngah msg aku..kak ngah bersyukur sebab aku nak belajar lagi..akak-akak aku yang support barang-barang keperluan aku nak masuk uitm..sementara tu, aku still ngan abg lie..macam-macam janji yang di ucapkan..abg lie takut aku berubah hati..

Semester pertama..aku masih sayangkan abg lie..setiap saat kitaorang msg ngan call..tiap-tiap bulan abg lie akan topupkan..setiap kali kehabisan kredit abg lie akan topupkan rm30..pada aku dia memang seorang yang baik..tapi masih jugak ada satu kelemahan..'terlalu mengongkong'..perempuan mana yang sanggup bertahan seperti mana aku bertahan sekarang..perempuan mana yang sanggup mengalah seperti mana aku mengalah sekarang..perempuan mana yang sanggup bersabar seperti mana aku bersabar sekarang..tapi..aku pun tetap manusia biasa..punya hati dan perasaan..sampai bile aku harus bertahan?..sampai bila aku harus mengalah?..sampai bila aku harus bersabar?..salah ke aku mempunyai kawan lelaki lain?salah ke aku menghubungi kawan sekolah aku dulu?perbuatan aku salah ke..aku sayangkan abg lie..tapi..kasih sayang diberi masih lagi di ragui..hati mana yang tak terguris bila orang yang kita kasihi meragui kita..apa yang aku dapat?kata-kata abg lie sampai sekarang aku masih ingat..dan sampai bila-bila akan aku ingat..

"kalau xtahu makna sayang yang sebenar,jangan ucap kata sayang"

"kau ramai jantan simpanan"

Kata-kata ni lah yang buatkan aku terlalu benci kan abg lie sekarang..kasih sayang aku bagi di ragui..kasih sayang yang aku beri x dihargai..aku seorang perempuan..aku punya hati dan perasaan..sebelum ni, hati aku sangat kuat untuk tidak terluka..tapi, sejak kata-kata tu di lemparkan kepada aku..hati aku semakin lemah..hati aku semakin nipis..mudah sangat terluka..aku yang amek keputusan untuk putuskan hubungan ni..aku dah xsanggup lagi..setiap malam aku tidur bertemankan airmata..dan bila sampai masanya...ketika aku memutuskannya..aku x mengalirkan airmata setitik pun..

"aku benci kau sangat-sangat"..perkataan tu yang keluar masa aku buat keputusan untuk berpisah..abg lie sedaya upaya pujuk aku..tapi aku dah nekad..

"aku benci kau!!"

Aku luahkan segalanya kat dia..terpulang pada dia nak terima aku atau tidak..terpulang pada dia nak berkawan dengan aku atau tidak..aku bagitahu dia yang dia terlalu sempurna untuk aku..aku rasa aku xlayak berkawan dengan dia..kalau nak bandingkan latar belakang agama..dia terlalu sempurna nak di bandingkan aku yang sangat-sangat jahil..

Aku bagitahu dia jugak yang aku susah nak percaya kan lelaki..aku sukakan kejujuran dalam sebuah perhubungan..aku perlukan masa untuk kembalikan kepercayaan terhadap lelaki..

,,,,,,,,,,,,,

February 07, 2009

kerana bosan

As salam..
Di sebabkan bosan...tak tahu nak buat ape malam tadi...so, decide pergi tengok malam kebudayaan sempena karnival gemilang kasih..kali ni pergi ngan fiza & anis je..huhuhu..yang lain ada xda..

Masa tunggu bus...seperti biasa..berposing je lah

Macam ni suasana masa nak kejar bas..
tapi xda la seramai malam kelmarin

Nasib baik xda ramai sangat..tapi ada satu bas je yang datang..erm..ape lagi..seperti malam kelmarin..rempuhan pun berlaku..ada suara-suara kedengaran..

"ooii..jangan tolak ar"

"aduhhh..sakit!!!!"

"ish...ape ni?"

"Allahuakbar"

Sampai macam gitu sekali..kitaorang pun xnak mengalah..main selit-selit jugak lah..malas nak tunggu trip yang berikutnya..nanti lambat pulak..malam tadi pun terpaksa berdiri..

huhuhu..dalam bus pun sempat bergambar

Seperti biasa..kitaorang x sempat makan sebelum pergi tadi..malam tadi makan kat tempat yang sama..untung lah owner restoran tu..majoriti pelanggan yang datang dari kalangan student uitm..penuh meja..nasib baik kitaorang sampai ada satu tempat kosong..apa yang kitaorang order..

Aku - nasi goreng paprik + neslo suam

Anis - nasi goreng kampung + neslo ais

Fiza - nasi goreng kampung + telur mata kerbau + neslo ais

Then pegi kat dataran semula..tengah persembahan puisi..xminat..huhuhu..so, kitaorang merayap pergi tengok gerai..beli asam lagi..then, tiba-tiba faiz @ flow (coursemate) datang kt tempat kitaorang..

"Eh, asal kau menangis ke?"..aku tegur

Memang nampak sangat mata dia merah..anis cakap jangan tegur..kesian dia..awek dia xpedulikan dia..dia datang dari petang tadi nak bagi support kat awek dia..awek dia ada buat persembahan zapin malam tu..

"relax lah, join kitaorang lagi best"

huhuhuhu..still meleleh airmata dia..

sempat jugak bergambar..nak hiburkan hati dia ckit

tak lama lepas tu, persembahan zapin..awek flow ada jugak..huhuhu..flow terus blah..dia xnak tengok..sakit hati kot..kalau aku pun rasa macam tu..aku datang semata-mata untuk 'dia'..then 'dia' buat xtahu je..'dia' sibuk dengan membe-membe..xhiraukan kewujudan aku kat situ...sedey jugak lah..

aku, anis n fiza pergi jalan-jalan kat gerai lagi..fiza beli belon air..sebab
malam tu ramai giler yang main belon air..nampak cantik..kitaorang pergi try cermin mata..belek-bel ek beg duit..ada yang berkenan di hati, then kitaorang beli..

anis (hitam), aku (coklat), fiza (pink)

setelah penat berjalan..kitaorang lepak duduk kat tangga..sambil dengar band dari segamat wat persembahan..boleh layan lah..fiza, main dia punya belon air..aku n anis bergambar je kerjanya..huhuhu..sementara tunggu bus

February 06, 2009

"Karnival Gemilang Kasih"

assalamualaikum

Untuk mendapatkan penempatan untuk semester depan..aku kena involve dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kolej..

Macam minggu..kitaorang kena pergi karnival gemilang kasih..karnival ini di adakan dekat dataran segamat..ianya berlangsung selama 3 hari..(skemanya ayat)..huhuhu..dan yang aku tahu..karnival ni untuk mengeratkan hubungan antara student uitm dengan masyarakat disamping mengutip sumbangan..karnival amal lah jugak..

So..kitaorang di wajibkan pergi majlis perasmian malam tadi..dari maklumat yang kitaorang dapat..perjalanan bus bermula pada pukul 7.00pm-9.00pm..So, aku ngn kawan-kawan decide pergi lepas maghrib..erm..tapi anis xdapat pegi..dia xsihat..sakit kepala..kesian dia

Lepas masing-masing dah siap bersolek..huhuhu.kitaorang pun turun pegi tunggu bas kat dataran sri bendahara (dalam kawasan uitm)..pergh..xnak ramai orang pulak..5 buah bas pun belum tentu muat..itupun terpaksa berdiri..

Agak lama jugak tunggu..bas x sampai-sampai jugak...perut masing-masing dah kelaparan..masing-masing belum isi 'minyak' lagi...hahaha..Erm..ape lagi..time-time macam ni..ape yang boleh di lakukan??? bergambar lah..
macam -macam posing..cun abis
Lebih kurang pukul 9.00pm bas baru sampai..kitaorang pun xtahu ni dah trip yang keberapa..ada 3 bus je yang sampai..erm ape lagi??masing-masing lupa tunjukkan kesopanan..masing-masing berkeliaran lari nak dapat kan bus..

Rima tarik tangan aku...

mana bas kita nak naik ni..!!!!

kalau lah aku boleh rakam..erm,xtau nak gambarkan macam mana suasana masa tu...huhuhuhu..rempuhan pun berlaku...kalau tidak..xdapat naik lah alamatnya..

Lastly..dapat jugak kitaorang melepasi halangan..hahahaha..tapi..terpaksa berdiri jugak..at least dapat jugak naik..aku tengok kat luar,
ada lagi yang xdapat naik..terpaksa tunggu trip yang berikutnya..

Dalam bas..perut dah 'berdangdut'..bila nak sampai ni? nasib baik x lah jauh sangat..

Sampai je..kebetulan tetamu kehormat baru sampai..kita
orang jalan mencari kedai makan..xtengok pun majlis perasmian tu..huhuhu..apa-apa hal pun perut perlu diisi..betul atau tidak?

Apa yang kami makan??di sebabkan nak cepat dapat..aku, rima, nad & eda..order nasi goreng kampung..fiza je order nasi goreng ayam..ramai jugak aku nampak student-student uitm makan kat sini..masing-masing kelaparan jugak..huhuhu..
amek gambr bile dah abis makan je...huhu

Alhamdulillah..kenyang dah

Lepas makan kitaorang pun pergi balik ke dataran..kebetulan masa tu brass band uitm tengah buat persembahan..lebih kurang macam dalam cerita 'drum line'..
mendapat sorakan yang teramat meriah..best lah jugak..after that, persembahan coral speaking..about 'love'..erm..xbest pun..
kitaorang blah pegi tengok gerai-gerai..ada gerai jual tudung, baju & macam-macam lagi..aku ngan rima beli asam je..

Dah penat merayap..aku ngan rima duduk dekat tangga..melihat & memerhati dari jauh gelagat-gelagat student uitm..fieza, nad & ed
a..still melawat gerai-gerai..

Then ada announcement..

'anda boleh dapatkan cop di khemah urusetia'

apa lagi..masing-masing bergegas..

Misi utama kitaorang adalah untuk mendapatkan COP..nasib baik aku sempat amik kan cop untuk anis sekali..

Majlis pun dah bersurai..Tiba masa untuk menunggu bas pulak..macam mane nak pergi tadi.macam tu lah suasana nak balik..tapi, lebih bahaya kalau keadaan tidak dapat di kawal..aku pun x ingat berapa bus yang dah lepas..sebab dah padat..sementara tunggu sempat jugak kitaorang bergambar.

Di pendekkan cerita..akhirnya dapat jugak bus..sampai kolej lebih kurang pukul
12 lebih..sampai-sampai je terus menuju ke toilet..dari tadi tahan je..huhuhu..

February 05, 2009

study + sakit perut

Aarrrgh..perut aku rase macam ada letupan...

mungkin disebabkan malam ni aku x makan nasi...aku makan maggi je tadi..malas punya pasal nak pegi dining..

Hp abi tadi 'hang'..cian abi keluar pegi cari public phone semata-mata nak call aku..erm..sedey, xdapat msg lah beberapa hari ni..sebab sekarang abi kat ipoh..abi cakap nanti balik KL abru beli hp baru...huhuhuhu

Tiba-tiba dah hilang mood nak study..that why, tangan gatal terus tulis entry ni...hahaha...esok ada kuiz LAW..

Makin kuat plak letupan dalam perut ni..aduhhh

Gastrik???

Maybe..

Then td abi msg..hp abi dah ok..kawan betulkan..sekarang abi keluar pegi belanja kawan abi sebab dapat betulkan hp abi..thanks God

Esok kelas full plak..

perut ni macam mane!!!ubat xda plak..bawak tido jelah kot..mesti ok..

February 02, 2009

kembali semula..

Setelah seminggu bercuti sempena chinese new year..erm akhirnya terpakas balik semula ke kampus..kalau ikutkan hati malas juga nak balik..tapi ape boleh buat...kuatkan semangat je..lagipun ni tahun last aku di sini..erm..dah x lama lagi..makin nak grad makin sibuk..huhuhu

Tiket aku pukul 3.30ptg..kebetulan jiran nak pegi tiram..so aku tumpang sekali..erm,sampai larkin lebih kurang pukul 12 lebih..awal kan aku sampai..huhuhu..aku memang biasa datang awal sebab macam2 kemungkinan boleh terjadi..so lebih baik kita bersiap sedia dengan ape yang akan terjadi..

Sebelum bergerak balik sempat jugak aku menjamah sikit nasi yang mak aku masak..masakan mak lah yang terbaik..beberapa hari duduk kat umah selera makan aku bertambah..rindu masakan mak kot..no wonder lah ramai yang cakap aku makin 'gemuk'..ohhh..tidakkk!!!!!
erm...xpelah..janji bahagia kan..

Sampai kat larkin...

Fuhh..ramainya orang!!!!pening kepala tengok orang ramai sangat..nasib baik kawan aku RIMA dah sampai..xda lah aku keseorangan macam orang hilang arah..

Tiba2 dengar ada orang karaoke plak..

"erm..larkin ada tempat karaoke ke?"...aku tanya rima

"ntah..jom ar tengok" ..jawab rima

Rupa2nya ada orang buat amal...kutipan derma untuk rakyat PALESTIN..aku ngan rima turut menyumbangkan sedikit apa yang kami mampu..

Beratnya bawak beg ni!!!!!!!!!!nak patah bahu dibuatnya..x 'bernafsu' nak jalan dengan bebanan yang dibawa..then pg ajak rima simpan beg..sementara tunggu pukul 3.30..lama lg tu...

Try usha cari kain selendang..tp hampeh...xda langsung..kalau ada pun mahal nak mampos..sehelai rm25..biasa aku beli rm10 je..kalau pandai bodek boleh dapat rm8..dua kali ganda mahalnya kan..xpatut

Rima!!!!!!aku lapar plak..then dia ajak aku pegi makan nasi ayam kat tempat yang biasa dia makan..sedap katanya berbanding kat tempat lain..sampai je kat foodcourt larkin tu..aku dapat rasakan yang aku macam berada kat oversea plak...huhuhu..kenapa?? sebab ramainya mat2 & minah2 indon..hahahaha..

Sebut pasal macam berada kat oversea ni...teringat masa hari isnin haritu..aku kat pudu ngan abi..nak balik lah time tu..giler ramai foreigner..betul2 kat oversea ni!!!!!!!!..kalau mat saleh xpe jugak...ni mat2 nepal, bangladesh, vietnam, indon....semak mata aku...aku tak nampak pun 'malaysian'...kemana peginya rakyat malaysia?????

Biarlah diorang..selagi x menganggu hidup aku sudah lah..lebih baik aku kenyangkan perutaku yang tengah ber'dangdut'..

Satu peristiwa yang aku x boleh lupa masa kat food court tu.....

"kak..nak beli tempeyek?"...tegur seorang budak lelaki

"tak mahu lah" jawap aku..Rima turut menggelengkan kepala

"kalau tak mahu,saya nak mintak sumbangan sedikit untuk berubat".. katanya lagi

Kami tak bagi respon pun...sebab masa tu nak bergegas pergi kat platform bas..takut terlepas plak..

Budak tu masih lagi berdiri terpacak kat depan kitaorang..mungkin disebabkan xda respon budak tu tiba-tiba....

"abg ngan kakak..KEDEKUT"...

Astaghfirulllah al azim...ada ke patut?bukan aku xnk bagi..cuma aku rasa ada orang yang lebih memerlukan berbanding dia..aku tengok dia sihat wal'afiat..xada cacat celanya..kalau nak mintak sumbangan x sepatutnya ada unsur paksaan,,betul tak?? seikhlas hati kita kan..

Masa jalan-jalan kat masjid india dulu, abi ada ajar dan tunjuk golongan yang kita boleh bagi sumbangan...kalau rasa macam sangsi atau teragak-agak..baik x payah bagi...reasonnya aku xtau..x sempat nak bertanya

ANIS...mana kau xsampai lagi?bas dah nak penuh..tiket pada dia..aku ngan rima dah kelam kabut..huhuhu..ye ar,takut tertinggal bas..

Nasib baik anis datang tepat pada masanya...kalau x..erm..tak tau lah ape jadi.. menaangis kot..wawawa

Gile laju driver ni bawak...selalunya kitaorang balik ambil masa 3 jam..tapi ni hanya 2 jam je..unbeliveable..bagus jugak..xada lah duduk lame dalam bus..sakit pinggang tau..

Sampai je kat station bus segamat..dari jauh aku sudah nampak student-student dah ramai tunggu kat bus kuning ( bus ke uitm )..tambangnya dah naik..klo dulu hanya rm1.50 tapi sekarang rm2.00..sejak isu pasal harga minyak naik dulu..x kisah lah janji dapat keluar..

Anis offer nak tumpang dia..sebab boyfriend dia nak datang amek katanya..boy dia budak uitm jugak..huhuhu..bagus jugak (dalam hati)...mengenangkan beg2 yang berat so malas nak bersesakan dalam bus..

Then kitaorang pegi makan dekat restoran mamak..area segamat baru..bersebelahan tu ada 'funfair'..tapi belum buka lagi..masa tu baru pukul 7..kitaorang minum je..then tiba-tiba nak makan 'roti nan'..aku order satu je..kongsi ngan anis & rima..takut nanti tak habis..Tapi roti nan kedai mamak kat kota lagi sedap..huhuhu..

Tak boleh lepak lama-lama..sebab kereta tu ada orang lain nak sewa..so, lepas abis makan semua..kitaorang cau..badan pun dah penat sebenarnya..

Akhirnya..

Sampai jugak dekat UiTM...sampai bilik je..ape lagi..berkemas-kemasan lah..huhuhu..nasib baik esok kelas start petang...boleh mempengsankan diri lama-lama..hahaha

January 31, 2009

Kau Aku Punya (part 1)

March, 2008

Tarikhnya aku tak berapa ingat..seperti biasa..hidup di kampus takde ape aktiviti yang menarik untuk dilakukan..yang aku tahu pegi n balik kuliah, wat assignment, prepare untuk presentation, makan, tido, basuh baju...dan yang paling best duduk berborak dengan kawan2..tahu-tahu jelah kalau dah berkumpul macam2 cerita lah..semua cite keluar dari mulut masing-masing..macam tu lah kehidupan aku di kolej..kalau dah bosan tahap 'cipan' sangat-sangat..cc zamrud menjadi sasaran aku..masa tu aku blum ada laptop sendiri..so terpaksa lah pg cc..kadang-kadang aku akan menghabiskan berjam2 lamanya menghadap skrin pc tu..huhuhuhu..sampai sakit kepala dibuatnya..tapi nak buat macam mane lagi kan?bosan punya pasal..

Satu petang tu..aku rase aku perlu rehatkan pikiran dengan sibukkan diri surf internet..so aku pasang lah niat nak pergi cc.. tengah aku siap-siap nak pegi..tiba2 kedengaran satu suara menegurku..huhuhuhu

"hah..kau nak g mane plak ni.." tegur roomate aku

aku just tersengih tengok dia..

"pegi cc eh"...

"erm..yup,nape nak ikut.." aku pelawa dia ikut sekali

"malas lah..aku baru je semalam menghabiskan mase kat cc tu.." "kalau hari2 lepak situ, kopak lah duit aku.."

Aku hanya tersenyum dan melangkah keluar...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Fuhhh..nasib baik x ramai orang dekat cc petang tu..bagus jugak..kalau tidak kena tulis nama dekat form tunggu giliran..alamatnya kena tunggu lama lah..better balik je dari tunggu ibarat macam tunggu bulan jatuh ke riba..

Aku terus dapatkan pc yang kosong.. aku on aku punya yahoo messenger..then aku buka friendster..just update dengan balas comment yang aku rasa nak balas je...

Sambil tu aku check aku punya email..mana lah tahu tiba-tiba dapat email dari putera raya dari kayangan ke..(mimpi semata-mata)

Yahoo messenger...ramai aku kenal orang termasuk abg angkat aku kat ym ni..ramai jugak aku jadik kan abg angkat..maybe mase tu aku lebih prefer untuk cari abg angkat kot..sebab perlukan seseorang untuk berkongsi masalah..yang aku tahu..sejak kecil aku kurang kasih sayang dari seorang abg..dan aku pun tau kasih sayang seorang abg macam mane..bukan nya aku xda abg..tapi entah lah..mungkin kasih sayang dari diorang ada cuma aku je yang tak perasan agaknya..atau mungkin jarak usia kitaorang yang jauh??..huhuhu..itu yang aku rasakan selama ni dan aku pendam dalam hati..kadang-kadang timbul rasa cemburu dengan kawan-kawan bile dengar dan lihat keakraban diaorang dengan adik beradik..tapi aku tak salahkan siapa-siapa dalam hal ni..lain orang lain ragamnya kan??

Yes..abg angkat aku pun online same..aku panggail dia abg is..even kitaorang kenal kat ym..aku bertuah sangat dapat kenal dia..di mata aku dia baik orangnya..aku selalu mintak pandangan dia dalam menyiapkan assignment aku..aku ingat lagi time aku dapat tajuk assignment berkaitan dengan isu semasa..kalau tak silap tajuknya 'punca-punca kejatuhan ekonomi islam dan kesannya kepada ummah masa kini'

Pergh..nampak macam senang je kan..tapi ustaz aku cerewet sikit..so aku mintak pendapat dengan abg is..dia bagitahu aku semuanya ada terkandung dalam kitab suci yakni Al-quran.. aku mengaku yang aku ni seorang yang sangat jahil tentang agama..isi kandungan Al-quran itu sendiri aku belum habis menghayatinya lagi.. malu jugak nak mengaku kat abg is pada masa tu..

Aku tanya abg is boleh ke dia tolong aku siapkan assignment ni..dia dengan senang hati menawarkan khidmatnya..so aku pun mintak lah no hp dia supaya senang nak contact dia nanti.. bila aku tanya sikit..dia just reply..tengok dekat tafsir Al-quran..ayat sekian..sekian..sekian..
terdetik dalam hati..bertapa hina nya aku masa tu..bertapa kerdilnya aku..bertapa jahilnya aku..
memang semua persoalan akan terjawap apabila kita menghayati Al-quran..

Erm..dari situ lah aku mengenali abg is dan kitaorang selalu berhubung melalui hp..Tapi sekarang dah jarang ckit..kata abg is dia dah tukar kerja..so sekarang busy sikit..xpelah aku paham..

Tiba-tiba.....

ada seseorang bagi salam kat ym..

aku pun sambutlah salam perkenalan dari dia...

seperti biasa aku akan tanya..

'asl plz'

'umo'

erm..rupa2nya dia lebih banyak idea untuk mulakan perbualan berbanding aku..

dia cakap dia baru je balik dari malaysia..

"sebelum ni duduk mane?" tanya ku

"sy belajar kat syiria amek syariah"

wahhh..(dalam hatiku berkata)

Kebetulan aku display kan gambar aku kat ym tu..

dia cakap bila tengok aku..dia teringat time dia belajar dulu..masa tu dalam perjalanan pegi mane ntah..(hahaha..sory aku lupa)..dia naik van dengan orang-orang arab..dia cakap ada sorang perempuan arab ni petah bercakap..sepanjang jalan asyik berbual je..dan dia pun x jemu melayan...panjang lebar dia cite kat aku..last2 rupanya dia nak bagitau yang muka aku lebih kurang macam kawan perempuan arab tu..hahahaha..aku iyekan je

Entah macam mane kitaorang boleh timbulkan topik pasal teman istimewa.dia tanya pasal aku.. tapi aku just cakap malas nak ada 'bf' wat masa ni..alasannya..lelaki sekarang susah nak dipercayai..then aku tanya dia pulak..dia cakap cinta pertama dia dah pergi selama2nya.. time tu tibe2 badan aku seram sejuk..xtau kenapa..tapi yang aku tau lepas aku putus dengan exbf aku..aku mudah sangat sakit dada..hati aku sakit..susah nak jelaskan macam mane..hanya aku je yang tahu sakitnya tu..dengar dia cite pasal arwah aku makin rasa sedih sangat..mungkin aku kesian kat dia kot..aku suruh dia tukar topik sebab aku rasa x sedap hati...

Leka aku chat ngan dia sampai tak perasan yang dah nak maghrib..aku bagitau dia yang aku nak balik..

"nice to meet u" tu yang aku bgtau kat dia..

dan aku bgtau dia lain kali kalau ada kesempatan kita chat lagi.. dalam hati memang mengharap
dapat bersembang lagi dengan dia..sebab dia banyak bercakap..hahahaha..aku dapat rasakan yang dia perlukan seseorang untuk berkongsi cerita dengan dia..

masa sangat mencemburui aku..kalau ikutkn hati nak stay lama lagi..tapi takut duit yang aku bawak xcukup pulak..huhuhu..lastly..aku akhiri perbualan kitaorg..

"as salam"

Penat jugak jari jemari aku ni menaip..kepala pun dah pening disebabkan menghadap skrin komputer hampir 4 jam...

Lepas bayar, aku bergegas balik..nak mandi!!!!!!!!!

bermula lah perkenalan aku bersama si dia....

January 30, 2009

i'm new here

As salam..
aku sendiri xtau nape tibe2 berminat nak sibuk2 kan diri menulis dalam blog ni..
aku sendiri xtau nak membebel pasal ape sebenarnya..mungkin ada cite tentang aku selama ni yg boleh di kongsikan bersama2..mungkin yg baik boleh di jadikan renungan..yg buruk dijadikan pengajaran..InsyaAllah..aku mengaku aku seorang insan yg sgt2 jahil dalam semua aspek terutama dalam aspek keagamaan..

ermmmm..
aku mulakan bebelan aku dengan mencoretkan sedikit sebanyak tentang latar belakang diri n kluarga ku yg serba sederhana..

Aku merupakan anak bongsu dari 7 bersaudara..ada 4org akak n 2org abg..aku ank felda..kat sini aku nak menekan kan bhw 'i'm proud to be FELDARIAN'..aku ada pengalaman yg membengangkan.. baru2 ni aku terasa ngn sorg budak bandar yg kononnya begitu bangga diri (andy)..aku kenal dia dekat skype..first2 kenal ok je..budaknya cakap lepas, tp aku bleh time sebab yg aku tau bdak2 jb mmg kebykkan dah biasa dengan perkataan2 yg kasar..so aku x brp hairan..then dia bg email suruh aku bca blog dia.. "interesting" that word was came out from my mind when i start reading his blog..

Dipendekkan cite..membe aku kat bilik pun join sekaki bace blog dia..kwn aku (anis) amek id dia then dia add kt skype..1 mlm tu dia chat ngn andy tu..tbe2 si andy bleh ajak gf dia same conference ngan anis...start mlm tu lah aku ngan anis 'boikot' si andy..tp aku x salahkan andy 100%..gf dia yg lbh2..ada ke patut dia tny kt si andy tu..

"honey,nape u kwn ngan budak kg"..

then andy reply "saje je"...

erm..anis cite kat aku ngan nada yg x puas ati..nasib baik aku dah tdo mlm tu..klo x aku join skali serang si dua 'pingu yg sengal'...n lgi 1..gf dia bleh kutuk uitm tempat kitorg belajar..ada ke patut??student or exstudent uitm mesti akn serang dia klo diorg tahu yg dia kutuk...

dari situ tiba2 timbul tanda tanya...

rendah sangat ke budak2 felda or kampung & uitm ni ????

i hate pingu!!both of them...refer to andy n his gf..dorg pkai nickname tu...

"... i'm proud to be Feldarian..."

x semua org dapat merasakan suasana membesar di kawasan felda..jauh dari keriuhan bandar yg sgt membingitkan..paling meriah time menyambut hari raya or kenduri kahwin..sangat meriah..suasana seperti ni xkan jumpe di kwsn bandar..that why lah org yg btul2 x kaji asal usul kuarga dia bleh suka2 mbuat perbandingan taraf hidup..tipu lah klo org kaya tbe2 lahir je terus kaya.imposible...

soryyy..tibe2 dah menyimpang jauh..huhuhuhu
geram punya pasal...

aku sambung semula pasal aku punya background..
Insyaallah..tahun ni aku bakal dapat 2 orang lgi anak sedara..so..total anak sedara aku nnt 14org..fuh..teruk nnt klo aku dah kje...hujung tahun ni maybe aku akan grad...aku sekarang tgh melanjutkan pengajian aku kat uitm segamat..aku amek course diploma in accountancy..that mean, klo xda ape2 aral melintang, ada rezeki..tahun depan aku akn tempuhi alam pekerjaan..huhuhu.. nampak gayanya nnt kena standby duit raye lah...hahahaha

sekarang tinggal aku n abg no4 je yg blom kahwin...akak atas aku (kak nora) xda kat malaysia..dia sekarang sambung buat phD kat australia..dia sorg je dalam adik b'adik aku yg sgt2 berjaya..aku bangga jadi adik dia..kesian husband dia tggl sorg2 kat kl..tp nak wat macam ne..tu lah pengorbanan katanya klo kita nak berjaya

tu lah sedikit sebanyak tentang aku n kluarga ku..

ni baru permulaan tentang insan yg bernama meya..

banyak lgi kisah yg aku akan kongsikan bersama..

so..keep it up..

huhuhuhu

Iklan