December 06, 2010

Perihal Adam dan Hawa

Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,
Hati,fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya,
Apa lagi yg tidak ada di syurga????
Namun Nabi Adam tetap rindukan Siti Hawa...

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri,
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki...

Tetapi kalau lelaki sendiri yg tak lurus,
Tak mungkin mampu nak meluruskan mereka,
Tak logik kayu yg bengkok menghasilkan bayang2 yg lurus...

Luruskanlah wanita dgn cara yg ditunjuk Allah,
Jangan cuba jinakkan mereka dgn harta,
Nanti mereka semakin liar,
Jangan hiburkan mereka dgn kecantikan,
Nanti mereka semakin menderita...

Jinakkan diri dgn Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita....

Jangan mengharap isteri seperti SITI FATIMAH,
Kalau peribadi belum lagi seperti SAIDINA ALI...

Kenalkan mereka kpd Allah,
Zat yg kekal,
di situlah suisnya....

Bisikan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan,
Itu bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan,
Kerana rahim wanita yg lembut,
Itulah yg mengandungkan lelaki2 waja seperti negarawan,jutawan dan 'wan-wan' yg lain,
Tidak akan lahir superman tanpa superwomen...

Wanita yg lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan....

Tanpa ilmu,iman dan akhlak,
Mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan,
Bahkan mereka pula yg membengkokkan...

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan,
Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri,
Apa lagi mengenal lelaki...

Lebih ramai lelaki yg dirosakkan oleh perempuan,
Daripada perempuan yg dirosakkan lelaki,
Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki...

Kini bukan sahaja ramai boss telah kehilangan secretary,
Bahkan anak pun akan kehilangan ibu,
Suami kehilangan isteri,
Dan bapa akan kehilangan puteri...

Bila wanita derhaka,
Dunia lelaki akan huru-hara,
Bila tulang rusuk patah,
Rosaklah jantung,hati dan limpa...

Para lelaki pula jgn hanya mengharap ketaatan,
Tapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
Pimpinlah diri sendiri dahulu kepadaNya....

Notes :copy n paste je

No comments:

Iklan

0 comments: