September 04, 2010

Pertunangan dan memilih jodoh dalam Islam (bakal isteri)

KHAS UNTUK KAUM ADAM

Di antara garis panduan memilih calon isteri yang dianjurkan oleh Islam ialah supaya pemilihan yang dibuat benar-benar dapat menjamin kerukunan rumahtangga dan dapat menjadi aman damai serta diberkati Allah sepanjang masa.

Aspek yang utama ditinjau dari hadis Rasulullah SAW ialah dengan sabdanya, maksudnya :

Dikahwini perempuan (dijadikan isteri) itu kerana  empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.  Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu…”

 Di antara yang disunatkan dan digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah :

a.   Zuriat yang banyak
Memilih perempuan yang boleh mendatangkan zuriat yang banyak memanglah digalakkan oleh Islam.  Di sini boleh diperhatikan dari sudut keluarganya (keturunannya) di samping kesuburan tubuh badan  di mana tidak menghalang  ianya hamil.  Selain itu, umur juga boleh diambil kira bagi mengekalkan zuriat yang banyak.

b.      Anak gadis / bujang
Pemilihan anak gadis amat dititik beratkan kerana di mana usia gadis, kurang bebanan peribadi.  Segalanya-galanya serba baru, dapat mengeratkan kasih sayang tanpa gangguan.  Tenaga yang masih muda dapat memberi sepenuh masa untuk suami.  Walau bagaimanapun, memilih seorang janda juga digalakkan sekiranya di sana ada tujuan yang baik untuk memilihnya.
    c.      Sedikit mas kahwin.
    Perempuan yang menjadi pilihan adalah sedikit belanja mas kahwinnya di mana mudah bagi pihak lelaki menjelaskannya dan sesuai dengan tuntutan Islam.  Sekiranya terlalu besar mas kahwin itu, bukan sahaja menjadi keberatan bagi lelaki malah boleh memberi kesan yang negatif di masa akan datang.
      d.     Bukan hubungan keluarga
      Pemilihan ini bagi meluaskan skop keturunan di mana keluarga akan bertambah ramai lagi dan mental sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi hidup.  Lebih-lebih lagi perhubungan sebuah keluarga dengan  keluarga dalam menemukan jodoh.

      e.   Baligh
      Memilih perempuan biarlah ianya sudah cukup umur (baligh) di mana dapat memahami ertu perkahwinan, berfikir secara orang dewasa, kurang memberi tunjuk ajar, tidak  mudah merajuk dan juga boleh hamil.

       f.    Akal yang sempurna
         Memilih akal yang sempurna ialah berfikir  secara seorang  muslim yang soleh, gemar membaca Al-Quran serta memahaminya,  mengetahui hala dan haram, banyak bersabar, bertindak dengan adil dan juga menghormati hak dirinya dan hak orang lain.

      g.       Sesuai (kufu)
      Persesuaian  adalah diperlukan untuk memilih pasangan hidup lebih-lebih lagi dalam dunia moden ini di mana wanita mempunyai kedudukan yang agak  sama dengan kaum lelaki malah terdapat lebih dari lelaki.  Hal ini kadangkala menjadi isu besar di kalangan ibu dan bapa hari ini,   kononya anak perempuannya tidak sesuai berkahwin.  Tetapi dalam masa yang sama  juga mereka  telah keluar dan bebas bergaul tanpa dilarang oleh ibubapanya.
      Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 235, ertinya :
      “Tidak berdosa meminang perempuan  (yang dalam  idah lagi dengan kata sindirian)”

               Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, maksudnya:

      “Apabila seorang dari kamu meminang perempuan, sekiranya dia dapat lihat perempuan itu hendaklah dia melihatnya sehingga bertambah keinginan kepada perkahwinan”.

               Sebelum meminang, seorang lelaki harus melihat perempuan yang akan dipinang pada muka dan dua tapak tangan sahaja.  Dan begitu juga sebaliknya dengan tujuan untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya agar kedua-duanya dapat  menepati kehendak dan maksud masing-masing.

               Menurut pendapat jumhur ulamak, melihat pada perempuan dengan tujuan meminang hanya tertentu pada muka dan dua tapak  tangannya.  Kerana dengan melihat muka  dapat diketahui kecantikan raut muka serta  paras rupa untuk calon isteri atau sebaliknya.  Sementara melihat kedua tapak tangan bertujuan supaya dapat mengetahui kesuburan badan.

               Sabda Rasulullah SAW, ertinya :

               “Apabila salah seorang daripada kamu meminang  perempuan maka tidak berdosa  atasnya melihat perempuan itu asalkan sahaja semata-mata untuk meminangnya sekalipun dia tidak mengetahui”.

               Rasulullah SAW pernah menyuruh sahabatnya yang  bernama Mughirah bin Syukbah, sabdanya bermaksud :

               “Lihat dahulu perempuan itu maka melihatnya adalah pokok utama bagi suami isteri hidup dalam aman damai”

               Keharusan pihak lelaki boleh melihat  perempuan yang akan dipinang pada anggota-anggota  yang telah disebutkan sebelum  ini walaupun dengan tanpa  keredhaannya, dan  sebaik-baiknya  kehadiran pihak lelaki itu hendaknyalah waktu melihat  itu dilakukan sebelum meminang,  Ini kerana  seandainya ia tidak secucuk di hati pihak lelaki dengan sebab-sebab  yang tertentu bolehlah ia mengundurkan diri tanpa akan menyakitinya.

               Jika kedapatan pihak lelaki tidak berupaya melihat perempuan yang akan dipinang oleh sesuatu sebab, maka bolehlah ia mengutuskan orang tertentu  yang dipercayai  sebagai perantaraan  untuk pergi melihatnya.  Ini supaya orang tadi menerangkan  sifat-sifat peribadi serta keadaan  perempuan itu yang mana bertujuan untuk mengahwininya.

               Kedapatan beberapa perkara yang amat diambil  berat oleh syarak dalam soal pinang meminang iaitu :

      a.      Peminangan tidak boleh dilakukan kepada wanita yang dipinang oleh seseorang melainkan ianya telah melepaskan  hak peminangannya.

               Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, maksudnya :

               “Orang muslim adalah saudara orang mukmin, maka tidak halal bagi seorang mukmin meminang  seorang perempuan yang sedang dipinang oleh saudaranya hingga nyata sudah ditinggalkan”.

               Sabda Nabi SAW, maksudnya :

               “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Maka sesungguhnya orang  yang ketiga bersama dengannya ialah syaitan kecuali bersama mahram.”

      b.      Haram  seorang lelaki meminang dengan cara terus terang seorang perempuan yang di dalam eddah sama ada raj’i atau bain atau eddah wafat.  Dan haram meminang  cara sindiran perempuan yang di dalam eddah raj’i, dan  dibolehkan meminang  secara sindiran perempuan yang di dalam eddah wafat tanpa khilaf dan diharuskan juga meminang perempuan yang dalam eddah bain sama ada  disebabkan perceraian atau fasakh menurut pendapat yang terkuat dari pendapat Imam Syafie.

               Contoh ayat Sareh :

               “Apabila telah habis eddahmu, aku akan berkahwin dengan kamu”.

               Contoh ayat Kinayah :

               “Kamu ini cantik, banyak lelaki inginkan kamu”.

      c.      Wanita yang akan dipinang bukan mahramnya yang mana dilarang dalam perkahwinan.

               Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :

               “Lihatlah dia (bakal tunangan) dengan ini akan lebih menguatkan (mengeratkan) perhubungan kamu berdua”.

               Perlu diingat walaupun Islam mengharuskan  melihat perempuan ajnabi dengan tujuan meminang tetapi janganlah ia mengambil peluang untuk memuaskan perasaan atau hawa nafsunya.  Malahan menjadi haram semula sekiranya hajat melihatnya itu sudah mencukupi atau langkah peminangan.
      
      notes : copy and paste

      1 comment:

      Cik Zeeta said...

      sila dtg ke blog sye. ader benda yg nk di kongsi

      Iklan

          1 comments: