November 12, 2013

Review : boon squirt baby food dispensing spoon

Disebabkan ramai dok tanya pasal 'sudu' untuk bagi makan Ariana ,so dengan besar hatinya aku buat entry pasal 'sudu' tu ye..hopefully lepas ni, ibu-ibu lain senang lah feeding baby masing-masing :)
Actually, feeding spoon ni banyak brand example boon, nuby etc.. My sister belikan Ariana punya feeding spoon brand boon. Kebetulan ada terjumpa dekat outlet Anakku. Harga RM46.90..ada jugak jual online. Cuba lah korang google ye :)

          .........................................................................

Baby food dispensing spoon

Genius. (There. We said it.)

Squirt isn't just a spoon; it's a revelation.

It takes baby food, removes the jar and the mess, packs it into a single utensil and with one squeeze? Boom! You get easy, one-handed feeding.

Pop on the cap to seal food on-the-go.

Caution: May cause gobbling and an uncontrollable appreciation for anything delicious.

Features:

  • Dispenses baby food one bite at a time
  • Convenient one-handed feeding
  • Includes cap for storage
  • Large easy-to-clean bulb holds up to
  • 3 oz of baby food
  • Great for on-the-go
  • Dishwasher-safe
  • BpA-free, Phthalate-free and PVC-free
  • Recommended age: 4+ months
  • Dimensions: 2" x 7.2" x 2"

Memang sangat best pakai baby food dispensing spoon ni. Senang & makanan tidak mudah tumpah. Sesuai untuk solid food & purees. Kalau yang nak bagi nestum tu boleh tapi kena buat cair sikit lah. Bubur pun macam tu jugak, kena make sure blend halus. Highly recomended untuk ibu-ibu yang baru nak ajar anak makan :) 

November 11, 2013

Solid food for Ariana Leow :)

Since, Ariana sudah 6 bulan, so my sister dah start bagi dia makan solid food. Di sini, aku ada search sikit pasal panduan pemakanan bayi untuk tambah pengetahuan sendiri & hopefully untuk ibu-ibu or bakal ibu yang lain :)
                  ...........................................................................
Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk solid food
Terdapat tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru,  iaitu:
  1. Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan
  2. Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meha
  3. Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari..
  4. Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga)
  5. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
  6. Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya.
Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)
Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan solid. Ada sesetangah ibubapa berpendapat lebih elok jika bayi diberi makanan solid seawal usia 4 bulan lagi, dengan harapan berat badan bayi mereka bertambah (tak kena marah dengan nurse), tidur malam dengan nyenyak tanpa menggangu tidur ibubapa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
  1. Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna - dalam tahun juga ade beberapa kes dilaporkan usus bayi pecah kerana diberi makanan solid seawal usia 4 bulan.

Pengenalan makanan solid pada usia 6 bulan
Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Namun setelah bayi anda mencapai umur 6 bulan, seharusnya mereka didedahkan dengan makanan solid, ini adalah kerana.. bilanya bayi anda mencapai umur 6 bulan, mereka memerlukan pendedah kepada tekstur pepejal dah bukannya hanya berharap pada susu ibu atau pun susu formula sahaja.  
Kadar tumbesaran bayi berlaku dengan sekelip mata sahaja,Namun begitu dalam proses tumbesaran terdapat pasang surut terhadap selera anak anda, yang dipengaruhi oleh keadaan seperti :
  • tumbuh gigi
  • keaktifan seseorang bayi
  • proses meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya

APA YANG PERLU DIBERI PADA BAYI SEBAGAI MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI ANDA

UMUR 4 ~ 6 BULAN : 

- Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur makanan.

- Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada breakfast ( 10am or 11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.

- Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke dalam botol susu baby, BAHAYA!.

- Jika baby anda menerima makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks) jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.

- Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi  dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda baby masih belum bersedia.

- Antara makanan awal yang boleh di intro kan kepada baby anda ialah  Brown Rice ,  Avocado  & Banana, Apple , Pear , sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin

UMUR 7 ~ 8 BULAN : 

Brown Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley , Avocado , Apple , Banana, Appricot, Manggo ,Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato , Dates, Green bean,Carrot , Peas ,Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @ tofu lembut

 UMUR 8 ~ 10 BULAN : 

Brown Rice, Oat, Barley ,  Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax  Avocado , Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby 8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang celery , halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)

UMUR 10 ~ 12 BULAN : 

Semua jenis grain ,  Keledek Oren/Ungu, Avocado , Appricot, Blueberries, Cherry,Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,  Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki),  Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef, bawang, Jagung, timun, bayam , tomato, , whole egg & any fish
Notes : sumber dari cik google :) 

                               ..........................................................,............,..................

For starter haritu, Ariana is eating zucchini & peas. Alhamdullillah, dia suka. bila lambat sikit suap dekat mulut dia, mula lah nak menangis :)

Gelagat Ariana

Rasa macam baru je Ariana dilahirkan, tup tup dah masuk 6bulan dah dia. Even, dia membesar depan mata aku, tapi tak rasa masa tu berlalu dengan cepat. Alhamdullillah, so far jaga dia senang je. Takda banyak ragam sangat. First time dia pandai pegang botol , excited giler. Sebab comel je tengok cara dia 'menonggengkan' botol. Nampak kecerdikkan dia di situ :)

Then, Ariana start pandai meniarap. Bila dah pandai meniarap, hisap susu pun asyik nak meniarap je..

Aishhhhhh..geramkan tengok Ariana ni??

November 08, 2013

Like father like daughter :)

Kebanyakan ramai orang cakap yang Ariana ikut muka daddy dia. I agreed too. Nak tengok kesamaan mereka tak..hehehe..before that, i'm sorry abang adam sebab share this pictures to the public :)

Ariana Leow : dalam hari

Alhamdullillah beberapa hari lagi Ariana genap 6 bulan. Aku jaga dia since dalam hari lagi. Iyelah mak aku dah tak berapa kuat sangat lepas kena stroke. Kakak-kakak lain semua jauh & ada komitmen masing-masing. So, aku lah jaga my sister dalam pantang. Sebelum tu, mintak izin dengan husband dulu. Nasib baik husband tak kisah, iyelah time kitorang kahwin my sister dah banyak tolong kan. 

Mula-mula tu kekok jugak nak mandikan baby, tapi lama-lama alhamdullillah ok dah. Gambar bawah ni time Ariana baru beberapa hari. Tak berapa ingat dah :)

                        See..mata sepet dia tu :)

                           Senyum pulak :)

                       My mom & Ariana

Beadsbymeya : beading with a reasonable price :)

Start dari suka-suka then makin minat pulak buat beading ni. Bila tengok orang lain buat macam cantik je macam cantik je TAPI macam mahal je macam mahal je. Seriously, cuba lah survey harga diorang dulu. Then, bila aku ambil tempahan macam tak sanggup nak letak upah mahal-mahal.

My terms :-
- boleh request design sendiri & bagi contoh sekali
- bagi budget korang berapa . In sha Allah aku akan buat based on your budget. Tapi jangan lah letak maximum RM 20..hehehe nak beli material pun tak cukup tau.
- nak beli material sendiri pun boleh, aku tolong jahitkan je 

Ok ni antara baju-baju yang telah siap. 

November 07, 2013

Nikmat yang sementara

Alhamdullillah 29 september 2013, genap setahun perkahwinan kami suami isteri. Rasa macam sekejap je masa berlalu kan. So dipendekkan cerita seminggu selepas wedding anniversary, aku decide untuk buat urine test. Masa tu dah 3 minggu lewat datang period. Aku malas nak check awal2 sebab sebelum2 ni bila check je asyik negatif. Actually, period aku tak regular so takda lah menaruhkan harapan sangat.

Kali ni rasa lain plak, seminggu dah aku kerap kencing je. Selera makan bertambah, pagi - pagi bangun tidur je dah pedih perut. Perut sentiasa lapar je. Aku ada baca juga tanda- tanda orang pregnant. Dalam hati terdetik memang aku pregnant kali ni. So, whatsapp kat husband suruh beli pregnancy test. Esoknya, sebelum subuh dah bangun buat test. Kali ni line merah cepat je naik , double line plak tu. Alhamdullillah, terus tersenyum tengok pregnancy test tu. Husband tengah sedap tidur , aku kejut slow-slow sambil tersenyum. Aku tunjukkan test tu kat dia. Alhamdullillah, setelah setahun menunggu.

Esoknya husband bawak pergi klinik untuk check. Doctor tanya last period bila...bla..bla.. So, dia anggarkan kandungan aku dah 7minggu. Then, doctor suggest nak buat scan tak? First time pregnant, so ikut je lah kata doctor. Scan tapi nampak kantung kecil lagi. Doctor suruh buat UPT lagi, hasilnya  tetap positive. Cuma kandungan masih awal lagi that why tak berapa nak nampak sangat. Doctor ,bagi date appointment untuk repeat scan after 2 weeks. Just dapat acid folic untuk dimakan.

10 october 2013 - kebetulan bawak Ariana pergi check up dekat klinik kesihatan, my sister suruh buat buku pink sekali. Alang- alang dah ada dekat Klinik, buat je lah kan. Isi details apa yang patut, then check tekanan darah, timbang berat, ambil darah setabung & buat urine test . Lastly, tunggu no naik, nurse check buah dada & perut. Thats all, next appointment 7 november nanti.

Tekak ni dah rasa nak makan macam-macam. Tengok rancangan jalan-jalan cari makan, nafsu makan makin membuak-buak. So far, aku takda mabuk kuat sampai tak boleh nak bangun macam orang lain. Just muntah sikit-sikit je. Aku dah start minum susu, banyakkan makan buah & minum air kosong untuk elakkan kencing kotor.

25 october 2013 - start keluar cecair coklat. Aku dah mula risau. Tanya my sister dia cakap takda apa. Maybe proses penempelan. Aku google ,  macam-macam orang cakap plak. Takpa lah maybe normal kot, so aku biarkan je.Makin lama makin banyak plak.

28 october 2013 - disebabkan risau, aku ajak husband pergi poliklinik haritu. Lagipun aku terlepas date appointment untuk repeat scan tu. Masuk bilik doctor aku cakap pasal cecair coklat tu, doctor cakap just normal. Then, terus scan. Alhamdullillah, aku nampak kantung makin besar . Doctor still tekan scanner tu kat perut tak cakap apa-apa lagi. Lastly, dia tunjuk..ni kantung baby awak. Tapi still tak nampak janin & degupan. Just nampak kantung je. Dictor suruh buat UPT lagi, result still positive. 

" saya suggest awak buat vaginal scan dekat hospital pakar, saya risau kandungan puan luar rahim. Nanti saya bagi surat reference " 

Dalam hati dah risau dah, balik rumah terus google pasal kandungan luar rahim. Baca tanda-tanda kandungan luar rahim takda plak tanda dekat aku. So, aku sedapkan hati. In sha Allah takda apa-apa. Husband tanya bila nak pergi hospital sebab cuti dia pun dah tak banyak. Aku cakap lah tunggu lah dulu. Pergi klinik kesihatan je dulu.

31 october 2013 - khamis malam jumaat, aku start sakit perut macam senggugut , tapi sakitnya dua kali ganda. Nak tidur pun tak boleh menahan sakit. Berzikir je yang aku mampu sampai terlelap.dalam hati berdoa semoga takda apa-apa.

1st november 2013 ( 4:00 am) - aku terjaga, perut masih sakit. Bangun pergi toilet nak buang air. Sekali keluar darah berketul-ketul plus perut memulas senggugut. Terus call husband tapi tak berangkat. Aku baring menahan sakit. Kali kedua pergi toilet makin banyak pulak darah keluar, terus tak sedap hati kejutkan my sister. Call husband tak jawab, aku just whatsapp je.harap dia akan notice my message. My sister tanya nak pergi hospital sekarang ke, aku cakap takpelah tunggu husband dulu. Sementara tunggu khabar dari husband aku baring menahan sakit. Aku usap-usap perut sambil berdoa agar Allah redakan sakit ni sekejap. Kalau ini ketentuan Allah & dugaan untuk aku, aku redha. Alhamdullillah aku dapat lelapkan mata.

Husband dah on the way, my sister pun dah siap-siap. So, tengah - tengah nak mandi dengan izin Allah. Kantung bayi gugur , keluar dari rahim. Allahuakbar, terkedu sekejap..tunjukkan kat akak, dia pun terkejut. Belum ada rezeki lagi. In sha Allah , Allah akan bagi yang lebih baik lepas ni.

Husband sampai aku tunjukkan kat dia..
"Bukan rezeki kita, sabar ye"

So, terus pergi Hospital serdang, direct terus masuk emergency. Doctor tanya macam-macam, then scan perut - dapat injection kecutkan rahim - tunggu doctor sakit puan - scan perut lagi - doctor advice kena merancang untuk 3 bulan ni- then pergi ambil ubat.

Sampai rumah, bersihkan kantung baby - balut kain putih - tanam

Aku redha Ya Allah, kalau ini dugaan Mu untuk tebus dosa-dosa yang lepas aku redha. Semoga di hari Jumaat (hari kejadian)  ini, ada hikmah disebaliknya..Amin..Alhamdullillah, atas nikmat yang diberikan walaupun sekejap. Sesungguhnya, Engkau yang Maha berkuasa lagi Maha mengetahui..perancanganMu adalah yang lebih baik.

July 05, 2013

Adat orang banjar : Berpukong

Kali ni nak kongsi serba sedikit pasal BERPUKONG..salah satu ada orang banjar tidur kan bayi. Mungkin ada sesetengah orang akan pikir cara ni menyeksa or menyakitkan bayi,  tapi jangan risau. Dalam majalah 3 dulu, ada bincangkan pasal adat berpukong ni dan doktor dah sahkan takda bahaya (dalam pengawasan) & elok untuk tulang belakang bayi. The position is close to babies position when they are in a womb. So baby akan rasa selamat.

Kami adik beradik memang masa kecil dipukong, ada yang mak bawak pergi menoreh getah. Cuma aku dengan kakak je xmerasa pergi menoreh getah sebab mak & arwah abah pindah ke tanah rancangan felda. Mak ada cerita masa aku kecil, mak pukong aku then sangkut dekat paku di dinding je.. (dapat aku bayangkan macam mana..hehe..) Jiran- jiran dekat situ kebanyakan orang melayu dan jawa. So bila diorang tengok mak ikat (pukong) anak dia, diorang terkejut. Iyelah lain orang, lain caranya kan.

Pukong ni bukan 24/7 ,selalunya bila baby sakit perut or meragam tak boleh tidur baru lah ikat (pukong). Bila dah ikat , automatically baby akan tidur lena dan tidak meragam lagi .

Baru-baru ni aku balik kampung dengan my sister (kak nora). Dia baru habis pantang. So buat kenduri akikah anak dia. Memang sebelum balik cakap kat dia, nanti pukong Ariana,,
Dipendekkan cerita, hah ni lah cara berpukong ;)

February 14, 2013

Precious moments : Aussie trip

Almost 1 year baru lah sibuk nak update dalam blog..hehehe. Bukannya apa, lepas je balik dari Aussie, kite pun sibuk buat preparation for my wedding.

Dipendek kan cerita , my sister bermurah hati support my ticket flight pergi balik.. Wahhhhh. Sangat lah best kan. 24 days kat Aussie. Holiday yang akan diingat sampai bila2.

Di sana, stay kat rumah sewa my sister. So, dah jimat bab penginapan kan. Semua my sister support except for shopping pakai duit sendiri ( my fiance bagi - time tu belum kahwin lagi & my mom pun ada bagi jugak)

Stay tuned....will be updated later :)

February 01, 2013

Mimpi mainan tidur?

Semalam tengok rancangan Wanita Hari Ini, tajuk berkenaan dengan mimpi. dan aku teringat pasal aku pernah mimpi menyusukan bayi. Pada mulanya aku buat-buat tak tahu je, tapi bila aku cerita dekat kawan baik aku dan mak dia pun terdengar sekali. Then, baru aku sedar mimpi tu macam bagi lamat yang tidak baik. Dan aku mimpi menyusukan bayi tu dah dua kali. Pertama dalam 2bulan before my wedding dan 2-3 bulan after kahwin. Bayi tu menyusu sangat rakus. Mata bayi tu seolah - olah menjeling padaku.

Aku teringat kat kata-kata Ustaz semalam kat rancangan WHI. YA Allah kalau lah betul mimpi aku itu membawa maksud buruk, tunjukkan jalan kepada ku. Ya Allah.Sesungguhnya aku insan yang lemah.

Hari ini aku terpikir untuk google pasal mimpi aku tu dan ini yang aku dapat..

"Bermimpi bayi atau kanak2....selalunya mereka yang bermimpi kanak2 atau bayi ianya membawa maksud saka.  Bermimpi ternampak kanak2 atau bayi...bermaksud saka itu cuba mendekati...cuma jika mimpi menyusukan bayi itu suatu yang bahaya.  Kerana menurut Ustaz itu...ketika beliau mengubati orang yang mempunyai saka...10 dari mereka yang datang...8 darinya pernah didatangi kanak2 atau bayi di dalam mimpi."

petikan ini saya ambil dari satu laman blog ...dan saya ingin mengajar sekalian ummat manusia menyedari akan tafsiran mimpi mengenai kanak kanak mendatangi kita di dalam mimpi atau kita menyusukan kanak kanak itu.....ini adalah sesuatu perkara yang harus diambil ketahui...

melalui tazkirah yang saya perolehi pada pagi ini melalui slot tanyalah ustaz sesi bersama dengannya :
ustaz sharhan shapie...
seorang pengamal perubatan islam...

dengan tajuknya ILMU SIHIR/ILMU HITAM...

dia menceritakan mengenal jenis sihir dan cara mengenal sihir itu...

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
B) Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk: 

    1. Terlalu marah.
    2. Terlalu takut.
    3. Nafsu syahawat yang tinggi.
    4. Manusia yang lalai.
    5. Jahil

  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
TANDA-TANDA GANGGUAN
a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).
b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.

harus kita meneliti melalui ilmu al-quran....bukan dari sembarang ilmu...

SIHIR / PUKAU / SANTAU
(PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)
ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:
1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
  1. Asamara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

Iklan