Dalil Al-quran : -
Maksudnya : " Wahai orang yang beriman, diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa" ( surah al -Baqarahn:183)
Dan firman-Nya lagi :-
Maksudnya : Pada bulan Ramadhan, diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak daan yang batil maka sesiapa yang melihat bulan Ramadhan hendaklah ia berpuasa " (surah al-Baqarah :185)
--------------------------------------
Hikmah berpuasa dan kelebihan ramadhan : -
1. Ketibaan ramadhan, umat islam di selurih pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa yang tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.
2. Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam.
3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang taat kepada Allah. Justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketaqwaan.
4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
5. Puasa itu disifatkan oleh Rasullullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran
6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil
7. Ketibaan ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu nerakat dan dirantaikan syaitan
8. Malam Nuzul al-Quran (17 ramadhan) merupakan saat yang penting al - Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman
9 . Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkataan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT
Notes : sumber dari buku "Indahnya Hidup Bersyariat" - Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
No comments:
Post a Comment