Betul lah apa yang orang cakap, debaran nak kahwin tu rasa semacam je. Seminggu before tarikh pernikahan, aku dah tak boleh senang duduk. Macam-macam benda nak disiapkan, hantaran lah, goodies bag lah and etc. Dalam seminggu tu, waktu tidur pun terganggu. Tidur lewat sampai 1-2 pagi, bangun pulak awal pukul 6. Siangnya rasa mengantuk tapi tak boleh nak lelap even sesaat.. Rasa exhausted giler. Masa tu terpikir jangan lah time nikah or sanding nanti pengsan sebab tak cukup rehat.
Bila dah selamat diijabkabulkan, automatik rasa lega sesangat. rasa tak percaya dah jadik isteri orang pun ada jugak. hehehe. Dan alhamdullillah, hidup ini lebih bermakna bila dah jadi isteri pada suami tercinta. Inilah nikmat berumah tangga. Kejutkan suami pergi kerja, sediakan breakfast, masakn untuk lunch and dinner. Setakat ni aku duduk rumah je , jadik housewife. Belum ada rezeki lagi untuk bekerja. Inshaallah, one fine day.
Semoga ikatan kita ini sampai ke syurga..Amin
No comments:
Post a Comment