September 07, 2010

Our mission was successful

Sunday, aku punya long2 journey with my bf,,start dari seremban ke klang..firstly, pick up my 'biskut raya' kat umah fara (my ex-roomate)..
  
After that, pick up my sister's shipping from australia..still kat area klang lagi..berpusing-pusing kami cari alamat umah nya..2 kali call orang tu, tapi nak tak nak je dia layan..bagi instruction xberapa jelas sangat..tension aku..hahaha..kesian my bf kena marah je ngan aku..sememangnya dia adalah seorang yang penyabar..huhuhu..so, tanya je lah orang2 kat area situ..lastly, jumpa gak...

Barang2 still dalam kontena lagi..terpaksa lah aku g panjat..my bf sambut dari bawah je..
semua ada sembilan kotak,,

Then, susun dalam keta..continue our journey to serdang..deliver the shipping..
Abang Adam (abg ipar) kebetulan xda kat umah, dia balik kedah..malam baru flight dia sampai..
so, dia suruh anta barang2 tu kat umah kawan dia Dr Bimo..dekat2 umah dia gak..Amek masa gak lah nak sampai serdang..biasalah jalan jem..

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Dah settle semuanya, baru rasa lega, boleh lah kami g shopping dengan jayanya,,huhuhu..
firsly, pergi gunting rambut dulu..area kg baru..erm, ramai orang plak..terpaksa lah tunggu turn..
aku tunggu dalam keta je..ape lagi..snap gmbr sendiri lah kan..

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Lepas g gunting rambut, terus drive ke giant..cari baju untuk my bf..ada satu kedai yang jual baju2 saiz besar,
so, selalunya carik baju kat situ..peruntukkan masa sejam je sebab lepas ni berkejar ke tempat lain..
Lastly, beli kemeja sehelai, t-shirt 2 helai dan seluar sehelai..total nak cecah RM400...
aku contribute sikit la..huhuhu

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Our last location is Jalan TAR...ingat nak singgah  Cho kit..tapi, xnak berbuka kat situ..nak makan nasi beriyani kat jln TAR..so, terus je g sana..tapi, malang nya kena pusing-pusing dulu..sebab xda parking..
erm, around 6.00 pm baru dapat parking..then, terus g restoran yang aku nak makan tu..terus reserve tempat..

Sementara tunggu waktu berbuka, kami berjalan-jalan je dulu..g survey baju kurung..then, g lah kat kedai yang aku pernah beli dulu..jumpa sepasang baju ni..ada dua colour..hitam and biru cair..tanya harga berapa??
..RM135..
aku tanya my bf ok x?dia cakap cantik..tapi, aku tarik dia keluar, tengok kat tempat lain dulu..mane tau ada yang cantik lagi ke..

Tengok jam pun dah nak masuk waktu berbuka..so, kami g patah balik ke restoran ..my order, nasi beriyani ayam madu..my bf order nasi putih ngan kambing..but, lastly nasi putih dah abes..so dia gantikan nasi ape ntah..tapi sedap gak..

Dah settle makan semua..pergi jalan-jalan lagi..aku dah decide confirm nak beli baju tu,,so pergi lah masuk balik kedai td, nasib baik ada saiz kecik..mula-mula try saiz 36..tapi, ketat sangat..bagi aku ok je..but, not for her..so amek saiz 38..ok la..harga dapat kurang sampai RM125 je..aku mintak kurang lagi..tapi xdapat

Aku suka sebab ada jahit manik kat leher tu..panjang gak sampai ke bawah..kalau pakai tudung still bleh nampak..i like very much...huhuhu

Aku beli ape je lagi??tudung 3 helai dan sehelai baju blouse colour maroon cair..dan carikkan tudung untuk mak and adik bf..

Going back to seremban~~~~~~~~~

September 04, 2010

Doa untuk Muslimah

Ya Allah, Engkau telah anugerahkan limpahan kecantikan pada kami, maka jadikan keindahan hati dan akhlak kami melampaui kecantikan wajah kami. 

Engkau telah sentuh hati kami untuk menutup aurat, maka jadikan penutup aurat kami memperindah cahaya takwa kami. 

Engkau telah indahkan senyuman kami, maka jadikan senyum kami selalu mekar untuk menghiasi rumah tangga kami. 

Engkau telah tanamkan ilmu dan kepintaran pada akal budi kami, maka jadikan akal kami meninggikan darjat kami. 

Engkau telah memberikan kekerasan hati pada kami, maka jadikan keras hati kami sebagai keteguhan tekad dan ketegaran bagi mimpi kami, namun sisipkan kelembutan untuk kami mendidik anak kami dan menjaga keluarga kami. 

Engkau telah tanamkan iman dan takwa ke dalam hati kami, maka jadikan keimanan dan ketakwaan yang istiqamah menjadi jiwa kecantikan kami. 

Jadikanlah jiwa raga dan kalbu kami menjadi wanita solehah. Sandingkan pria soleh menjadi suami kami. Tanamkan jiwa pejuang sejati dalam rahim kami. Jadikanlah keluarga kami sebagai keluarga sakinah mawaddah warrahmah. Jadikanlah akhir hidup kami kembali pada-Mu dengan husnul khatimah.

-Sama-sama kita tadah tangan utk mendapatkan berkat drNYA.. agar kita lebih kuat hidup sebagai Muslimah sejati dalam merempuh kehidupan yg penuh dgn ujianNYA....
Doa selepas solat pun bagus,, mudah-mudahan boleh dijadikan amalan insyaallah..

Pertunangan dan memilih jodoh dalam Islam (bakal isteri)

KHAS UNTUK KAUM ADAM

Di antara garis panduan memilih calon isteri yang dianjurkan oleh Islam ialah supaya pemilihan yang dibuat benar-benar dapat menjamin kerukunan rumahtangga dan dapat menjadi aman damai serta diberkati Allah sepanjang masa.

Aspek yang utama ditinjau dari hadis Rasulullah SAW ialah dengan sabdanya, maksudnya :

Dikahwini perempuan (dijadikan isteri) itu kerana  empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya.  Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu…”

 Di antara yang disunatkan dan digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah :

a.   Zuriat yang banyak
Memilih perempuan yang boleh mendatangkan zuriat yang banyak memanglah digalakkan oleh Islam.  Di sini boleh diperhatikan dari sudut keluarganya (keturunannya) di samping kesuburan tubuh badan  di mana tidak menghalang  ianya hamil.  Selain itu, umur juga boleh diambil kira bagi mengekalkan zuriat yang banyak.

b.      Anak gadis / bujang
Pemilihan anak gadis amat dititik beratkan kerana di mana usia gadis, kurang bebanan peribadi.  Segalanya-galanya serba baru, dapat mengeratkan kasih sayang tanpa gangguan.  Tenaga yang masih muda dapat memberi sepenuh masa untuk suami.  Walau bagaimanapun, memilih seorang janda juga digalakkan sekiranya di sana ada tujuan yang baik untuk memilihnya.
    c.      Sedikit mas kahwin.
    Perempuan yang menjadi pilihan adalah sedikit belanja mas kahwinnya di mana mudah bagi pihak lelaki menjelaskannya dan sesuai dengan tuntutan Islam.  Sekiranya terlalu besar mas kahwin itu, bukan sahaja menjadi keberatan bagi lelaki malah boleh memberi kesan yang negatif di masa akan datang.
      d.     Bukan hubungan keluarga
      Pemilihan ini bagi meluaskan skop keturunan di mana keluarga akan bertambah ramai lagi dan mental sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi hidup.  Lebih-lebih lagi perhubungan sebuah keluarga dengan  keluarga dalam menemukan jodoh.

      e.   Baligh
      Memilih perempuan biarlah ianya sudah cukup umur (baligh) di mana dapat memahami ertu perkahwinan, berfikir secara orang dewasa, kurang memberi tunjuk ajar, tidak  mudah merajuk dan juga boleh hamil.

       f.    Akal yang sempurna
         Memilih akal yang sempurna ialah berfikir  secara seorang  muslim yang soleh, gemar membaca Al-Quran serta memahaminya,  mengetahui hala dan haram, banyak bersabar, bertindak dengan adil dan juga menghormati hak dirinya dan hak orang lain.

      g.       Sesuai (kufu)
      Persesuaian  adalah diperlukan untuk memilih pasangan hidup lebih-lebih lagi dalam dunia moden ini di mana wanita mempunyai kedudukan yang agak  sama dengan kaum lelaki malah terdapat lebih dari lelaki.  Hal ini kadangkala menjadi isu besar di kalangan ibu dan bapa hari ini,   kononya anak perempuannya tidak sesuai berkahwin.  Tetapi dalam masa yang sama  juga mereka  telah keluar dan bebas bergaul tanpa dilarang oleh ibubapanya.
      Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 235, ertinya :
      “Tidak berdosa meminang perempuan  (yang dalam  idah lagi dengan kata sindirian)”

               Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, maksudnya:

      “Apabila seorang dari kamu meminang perempuan, sekiranya dia dapat lihat perempuan itu hendaklah dia melihatnya sehingga bertambah keinginan kepada perkahwinan”.

               Sebelum meminang, seorang lelaki harus melihat perempuan yang akan dipinang pada muka dan dua tapak tangan sahaja.  Dan begitu juga sebaliknya dengan tujuan untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya agar kedua-duanya dapat  menepati kehendak dan maksud masing-masing.

               Menurut pendapat jumhur ulamak, melihat pada perempuan dengan tujuan meminang hanya tertentu pada muka dan dua tapak  tangannya.  Kerana dengan melihat muka  dapat diketahui kecantikan raut muka serta  paras rupa untuk calon isteri atau sebaliknya.  Sementara melihat kedua tapak tangan bertujuan supaya dapat mengetahui kesuburan badan.

               Sabda Rasulullah SAW, ertinya :

               “Apabila salah seorang daripada kamu meminang  perempuan maka tidak berdosa  atasnya melihat perempuan itu asalkan sahaja semata-mata untuk meminangnya sekalipun dia tidak mengetahui”.

               Rasulullah SAW pernah menyuruh sahabatnya yang  bernama Mughirah bin Syukbah, sabdanya bermaksud :

               “Lihat dahulu perempuan itu maka melihatnya adalah pokok utama bagi suami isteri hidup dalam aman damai”

               Keharusan pihak lelaki boleh melihat  perempuan yang akan dipinang pada anggota-anggota  yang telah disebutkan sebelum  ini walaupun dengan tanpa  keredhaannya, dan  sebaik-baiknya  kehadiran pihak lelaki itu hendaknyalah waktu melihat  itu dilakukan sebelum meminang,  Ini kerana  seandainya ia tidak secucuk di hati pihak lelaki dengan sebab-sebab  yang tertentu bolehlah ia mengundurkan diri tanpa akan menyakitinya.

               Jika kedapatan pihak lelaki tidak berupaya melihat perempuan yang akan dipinang oleh sesuatu sebab, maka bolehlah ia mengutuskan orang tertentu  yang dipercayai  sebagai perantaraan  untuk pergi melihatnya.  Ini supaya orang tadi menerangkan  sifat-sifat peribadi serta keadaan  perempuan itu yang mana bertujuan untuk mengahwininya.

               Kedapatan beberapa perkara yang amat diambil  berat oleh syarak dalam soal pinang meminang iaitu :

      a.      Peminangan tidak boleh dilakukan kepada wanita yang dipinang oleh seseorang melainkan ianya telah melepaskan  hak peminangannya.

               Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, maksudnya :

               “Orang muslim adalah saudara orang mukmin, maka tidak halal bagi seorang mukmin meminang  seorang perempuan yang sedang dipinang oleh saudaranya hingga nyata sudah ditinggalkan”.

               Sabda Nabi SAW, maksudnya :

               “Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya. Maka sesungguhnya orang  yang ketiga bersama dengannya ialah syaitan kecuali bersama mahram.”

      b.      Haram  seorang lelaki meminang dengan cara terus terang seorang perempuan yang di dalam eddah sama ada raj’i atau bain atau eddah wafat.  Dan haram meminang  cara sindiran perempuan yang di dalam eddah raj’i, dan  dibolehkan meminang  secara sindiran perempuan yang di dalam eddah wafat tanpa khilaf dan diharuskan juga meminang perempuan yang dalam eddah bain sama ada  disebabkan perceraian atau fasakh menurut pendapat yang terkuat dari pendapat Imam Syafie.

               Contoh ayat Sareh :

               “Apabila telah habis eddahmu, aku akan berkahwin dengan kamu”.

               Contoh ayat Kinayah :

               “Kamu ini cantik, banyak lelaki inginkan kamu”.

      c.      Wanita yang akan dipinang bukan mahramnya yang mana dilarang dalam perkahwinan.

               Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :

               “Lihatlah dia (bakal tunangan) dengan ini akan lebih menguatkan (mengeratkan) perhubungan kamu berdua”.

               Perlu diingat walaupun Islam mengharuskan  melihat perempuan ajnabi dengan tujuan meminang tetapi janganlah ia mengambil peluang untuk memuaskan perasaan atau hawa nafsunya.  Malahan menjadi haram semula sekiranya hajat melihatnya itu sudah mencukupi atau langkah peminangan.
      
      notes : copy and paste

      Mencari sinar-Mu

      Sekarang ni minat sangat dengar lagu - lagu Opick, penyanyi dari Indonesia..Semua lagu-lagu dia berunsur ketuhanan..sejuk dan tenang je hati ni bile mendengarnya..sampai satu saat, xdapat nak menahan airmata ni dari mengalir..

      Terdetik dalam hati, adakah aku 'pergi' nanti dalam keimanan??dah cukup ke bekalan aku??Ya Allah terlalu kerdil hamba-Mu ini..Sinarilah jalan ku untuk menuju kepadaMu..

      BILA WAKTU TELAH BERAKHIR

      bagaimana kau merasa bangga
      akan dunia yg sementara
      bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
      meninggalkan dirimu

      bagaimanakah bila saatnya
      waktu terhenti tak kau sadari
      masikah ada jalan bagimu untuk kembali
      mengulangkan masa lalu

      dunia dipenuhi dengan hiasan
      semua dan segala yg ada akan
      kembali padaNya

      bila waktu tlah memenggil 
      teman sejati hanyalah amal
      bila waktu telah terhenti
      teman sejati tingallah sepi

      ------------------------------------------------

      CLICK HERE for watching the video clip

      Kueh Teow Kungfu

      BAHAN - BAHAN :

      ayam

      udang

      sayur-sayuran

      kueh teow
      +
      bawang ptuih (ditumbuk)
      +
      garam dan serbuk perasa
      +
      sos tiram
      +
      lada hitam (ditumbuk)
      +
      tepung jagung
      +
      telur 
      '''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

      CARA - CARA :

      1. Tumis bawang putih. Then, masukkan air.
      2. Kemudian, masukkan ayam. Jadikkan stok ayam.
      3. Masukkan udang, sos tiram, lada hitam, garam dan serbuk perasa secukup rasa
      4. Masukkan lsayur-sayuran. Biarkan sampai mendidih.
      5. Lastly, masukkan tepung jagung untuk mendapatkan kuah yang pekat.

      6. pecahkan telur dan gaul bersama kueh teow.then, goreng macam buat telur dadar

      ''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
      Dan ini lah hasilnya

      Notes : sebagai suggestion, bagi sesiapa yang kuat makan pedas. Boleh lah makan dengan cili jeruk..

      Projek Petang lagi!!!

      Menu buka puasa petang ni plak adalah KUEH TEOW KUNGFU @ HONG KONG..dulu, time kat uitm selalu order makanan ni..dah naik 'berhantu' makan makanan ni...sodaaap..then, tiba-tiba teringat kueh teow kungfu yang paling best aku pernah makan wat masa ni kat Restoran Singgah Selalu kat Kipmart Kota tinggi...wawawa..bila nak g makan situ lagi..

      credit to google,,
      ---------------------------------------------------------------------

      Wait for me k!!!!
      harap-harap menjadi projek petang ni...huhuhu

      JANJI KEKASIH!!!

      Ending yang sangat-sangat sedih...terharu giler masa Karina(lakonan jue aziz) menghembuskan nafas terakhir..
      seorang gadis yang dulunya liar akhirnya di sinari cahaya keimanan..
      dibukakan hatinya ke jalan Yang Maha Esa..

      -----------------------------------------------------------------------------------------------

      Antara soundtrack dalam cite tu diambil dari album Opick (penyanyi dari Indonesia)..
      tersentuh dan sejuk je hati bila dengar lagu tu..

      kalau nak tengok videonya..
      kat mixpox yang kat atas tu pun ada video klipnya

      dan ni liriknya..hayati lah

      Lirik lagu Maha Melihat - Opick feat. Amanda 
      seiring waktu berlalu
      tangis tawa di nafasku
      hitam putih di hidupku
      jalani takdirku

      tiada satu tersembunyi
      tiada satu yang terlupa
      segala apa yang terjadi
      engkaulah saksinya

      reff:
      Kau yang Maha Melihat
      Kau yang Maha Melihat
      Kau yang Maha Pemaaf
      padaMu hati bertobat

      Kau yang Maha Pengasih
      Kau yang Maha Penyayang
      Kau yang Maha Pelindung
      padaMu semua bertekun

      yang dicinta ’kan pergi
      yang didamba ’kan hilang
      hidup kan terus berjalan
      meski penuh dengan tangisan

      andai bisa ku mengulang
      waktu hilang dan terbuang
      andai bisa ku kembali
      hapus semua pedih

      andai mungkin aku bisa
      kembali ulang segalanya
      tapi hidup takkan bisa
      meski dengan air mata

      repeat reff: [2x]

      Perbezaan antara Perempuan & Lelaki

      1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

      2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

      3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

      4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

      5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

      6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

      7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

      8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

      9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

      10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

      11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

      Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

      Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

      Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

      Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh. Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

      Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

      Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

      Notes : copy and paste..huhuhu

      September 03, 2010

      Lontong Goreng Special

      BAHAN-BAHAN : 

      Ketupat segera

      Bawang putih, ayam dan udang

      Lada kisar, sos cili dan sos tiram

      telur

      +
      gula, serbuk perasa dan garam secukup rasa

      .....................................................................................................
      CARA-CARA :
      1. Tumis bawang putih.then masukkan lada kisar.
      2. kemudian masukkan ayam dan udang.tumis sampai pecah minyak.
      3.then, masukkan sos cili dan sos tiram.
      4.masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Tambahkan secawan air.
      5.Lastly, masukkan ketupat. then masukkan telur.

      INI LAH HASILNYA

      Our Love Meant to Be

      I look into your eyes,
      and see my SOUL MATES,
      the one whose heart,
      called out to mine,
      and claimed it for its own.

      I look into your eyes.
      and see the magic moments.
      we have SHARED,
      and those we have yet,
      to discover TOGETHER.

      I look into your eyes,
      and see DESIRE,
      and mine is kindled,
      once again.

      I look into your eyes.
      and see the LOVE.
      meant just for me.

      And if you see into my eyes,
      you'll see your love returned,
      again..and again..and again 
      I LOVE YOU  

      credit from google

      Pagi-pagi dah buat hal!!!

      Dah dua hari ni..penyakit mual aku datang lagi...kalau lepas makan je, confirm -confirm perut terus bergelodak... mual-mual..kalau muntah lega lah jugak, masalahnya xnak muntah plak..cume mual je..aduh, terseksa sungguh,,

      Pagi ni jugak, perut meragam plak..dah berapa kali kuar masuk tandas..'membuang'..mengganggu oarng nak online je..

      September 02, 2010

      30 perkara perempuan tak sempat bagitau lelaki

      1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

      2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

      3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

      4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

      5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

      6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

      7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

      8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

      9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

      10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

      11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

      12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

      13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

      14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

      15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

      16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

      17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

      18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

      19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

      20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

      21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

      22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

      23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

      24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

      25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

      26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

      27. Senjata wanita adalah airmata!!

      28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

      29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

      30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

      note : copy from facebook HERE

      Iklan