August 28, 2010

Senarai Kekurangan dan Kebaikan

Seorang pemuda dan kekasihnya bernikah dan majllis perkahwinannya sungguh meriah. Suatu majlis yang gemilang dan riang dengan paluan kompang dan gendang

Pengantin perempuan cukup cantik dan anggun dengan gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah, segak dan tampan.

Setiap mata yang memandang setuju menyatakan mereka pasangan yang saling mencintai dan sepadan

Beberapa bulan kemudian si isteri bertanya kepada suaminya..

"Abang saya baru terbaca satu artikel dalam majalah bagaimana memperkukuhan hubungan dan tali perkahwinan kita"..katanya manja sambil menunjukkan majalah kepada suaminya.

Masing-masing akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita

Kemudian kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuat perkahwinan kita bersama lebih bahagia

Suami setuju dan merekan mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak fikiran mereka masing-masing

Keesokan pagi ketika sarapan, mereka bersedia untuk berbincang..

" saya akan mulakan dula ye " kata isteri

Lalu dia mengeluarkan senarainya. Banyak sekali, sekitar 3 muka surat

Ketika ia mula menbacakan satu persatu hal yang tidak disukai dari suaminya, dia memerhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir..

"maafkan saya bang, apakah saya harus berhenti" tanyanya

"oh tak mengapa, teruskan sayang " jawab suaminya

Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipatnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia

"sekarang giliran abang menbacakan senarai yang abang tulis"..

Dengan suara yang perlahan, suami berkata..

" abang tidak mencatatkan sesuatu di atas kertas ini, Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna, dan abang berkali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu seadanya. Awak terlau cantik dan baik bagi abang. Tidak satu pun dari peribadimu yang tidak menyenangkan kum sayang..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh penyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerima dirinya seadanya, ia terus tunduk dan menangis

"abang, maafkan saya...."

p/s : tidak perlulah kita membuang masa memikirkan hal-hal yang negatif tentang pasangan kita, terima lah dia apa adanya. Untuk pedoman semua termasuk saya..

No comments:

Iklan

0 comments: