August 30, 2010

Ikan Siakap Stim

Hari ni punya menu..ikan siakap stim..

Bahan -bahan :
1. Ikan siakap
2. Halia dan bawang putih (di tumbuk)
3. Bawang merah dan serai (dihiris)
4. Lada cili (dihiris)
5. sos tiram
6. sesame oil @ minyak bijan
7. Tepung jagung
8. garam secukup rasa
9. limau sambal @ kasturi

Cara-cara:
1. Gaulkan halia dan bawang putih yang dah ditumbuk tu dengan ikan.
2. Masukkan semua semua bahan-bahan no 3 hingga 9..
3. Kukus sehingga masak..

Senang je kan!!!

Kerinduan!!!!

Warghhhh..aku rindukan 'kamu'..really2 mean it...lebih kurang satu tahun setengah..kita dah bersama..'kamu' begitu amek berat tentang aku...'Kamu' ada bila aku kesedihan..'kamu' ada bila aku kesakitan..dan 'kamu' juga ada bila aku gembira..

Rindu nya dengan gelak tawa 'kamu'..terlalu rindu nak dengar cerita-cerita dari 'kamu'.Setelah mengenali diri mu,,baru aku tau ape makna KAWAN yang sebenar..'kamu' ajar aku segalanya..tak perlu jadik hipokrit untuk di sayangi..x perlu nak bermuka-muka untuk berkawan..

Hahaha..GD (kamu yang aku maksudkan) atau nama lain faezah @ gidiey..kalau lah dia baca post aku ni..mesti dia gelak abes...but, i really missing the moment that we spent together..

Alhamdullillah..dia sekarang dapat further study kat melaka..best la, MURNI still bersama dia..satu umah lagi..warrghhh...saya jeles..huhuhu..hopefully, konvo nanti dapat jumpa korang semula..KAK FATY, masih lagi praktikal..x lama lagi grad la dia..ABY jugak ada kat segamat..sem depan dia plak praktikal..

Diorang semua busy dengan study..so, xnak lah mengganggu diorang..lagipun dah degree x boleh nak main-main lagi..kena tumpu betul-betul..kalau x, stdy entah kemana..

GD

KAK FATY

MURNI

ABY

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

AKU RINDU KAT KORANG SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ayam Masak Merah

Semalam kakak angkat aku request suruh masak ayam masak merah..dia tanya tau x masak..erm, tau kot..hahaha..main hentam je masak..tapi hasilnya cukup memuaskan..rasa sama macam mak masak..so, aku dah lulus masak ayam masak merah tu...yeahhhh!!!well done..

Di sebabkan aku ni suke tengok asian food channel..so, aku hias-hias lah cikit masakkan aku tu..baru lah menaikkan selera orang nak memakannya kan..ni antara bahan-bahan dan cara untuk nak masak..senang je..pejam mata pun boleh buat..hahahaha

Bahan-bahan :
1. Ayam 
2. Lada kering (di kisar)
3. Bawang merah @ bawang besar
4. Bawang putih
5. Halia, serai dan lengkuas
6. Sos cili
7. Serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Ayam digaul dengan kunyit serbuk dan sedikit garam.Then, goreng separuh masak.
2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas. kemudian tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan lada kering yang telah di kisar.
4. Then, masuk kan sos cili, garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa anda.
5. Lastly, masukkan ayam. Tambah sikit air, if kuahnya terlalu kering.Tunggu sampai masak
6. Hias dengan tomato dan daun sup (not necessary at all)

August 29, 2010

Terseksa sungguh jiwa dan raga saya!!!

Kini, sejarah berulang kembali.tapi xda lah seteruk yang aku lalui dulu..x da lah merana sangat macam dulu..akan tetapi masih memberi kesan kepada ku..meninggalkan kesan yang mendalam kepada diriku..aku sendiri x tau ape puncanya..aku sendiri x tau ape masalahnya..

Kalau dulu, hampir sebulan 'kamu' buat aku menderita..'kamu' buat aku kelu lidah untuk berkata-kata..'kamu' buat aku diam tanpa bersuara..'kamu' hilangkan selera makan ku..sesungguhnya, ianya sangat - sangat memeritkan bagi ku..saat yang betul-betul buat aku menderita..

Aku cuba untuk mengubati rasa sakit itu,,rasa sakit akibat dari 'kamu'..macam-macam cara yang aku lakukan..aku cuba mintak pendapat orang-orang di sekeliling aku..mujur la, ada teman-teman ku yang setia mendengar luahan isi hati ini..teman-teman yang sudi membantu dan mendorong aku untuk mengurangkan kesakitan yang telah 'kamu' beri pada ku..akhirnya, keperitan serta kesakitan yang berpunca dari 'kamu' sedikit demi sedikit hilang..dan aku berjaya merawat segala penderitaan yang telah 'kamu' lontarkan kepada ku selama ini..

 '''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Sekian lama 'kamu' menghilang, kenapa 'kamu' perlu muncul di saat ini..di bulan yang penuh rahmat ini 'kamu' datang semula menganggu hidup ku..KENAPA???jangan lah 'kamu' menguji aku seperti mana 'kamu' menguji aku dulu..aku sudah tidak sanggup untuk menghadapinya..cukup la sekali sahaja 'kamu' buat aku merana..

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

Ape kes ni der??awat hang beria-ia meluahkan perasaan ni ah??? 

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

hahahaha..saje je wat intro ala-ala sedih dan tragis..sebenarnya 'kamu' yang aku maksudkan tu adalah.....
mulut aku ni dah beberapa hari sakit..lelangit aku pecah..terseksa ooo..especially time nak makan..perit!!!merana!!
tapi, nasib baik lah kali ni x seteruk sebelum ni..
before this, aku kena kat uitm..langsung x boleh nak buka mulut..aku kena 2 in 1 masa tu..
lelangit pecah + gusi dua2 belah bengkak akibat nak tumbuh gigi bongsu = i'm dead
warghhh..sakitnya x terkata..amek masa sebulan la nak baik..makan bubur je..yang lain xboleh nak makan..

sekian saja...

Dunia dah nak padam??

Ceritanya.......

Sekadar renungan dan iktibar... Ust.Harun Din .. korang kenal kan ?? dlm ceramah dia, ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamat ... planet mrikh (planet ke-4 & plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln Sept lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. Maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. Takde harapan daa laa!! maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak Islam.

Untuk pengetahuan smua juga , sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). Di jangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik (polar shifting). NASA jangkakan Mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan...

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Ia hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari (tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan). US dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. Di Norway misalnya mereka sedang membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana (rujuk paper bulan februari, kosmo, BH & lain2).....

Mengikut hadith, umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1443 = 1430 + 13 tahun sebelum hijrah.... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 57 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...
Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi. Dijangkakan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. US akan cuba untuk mengalihkan orbitnya dengan menembak sebuah roket. Saintis juga telah menjumpai sebuah planet pada 2006 yang juga akan menghentam bumi. Ia dijangka akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi dan planet ini lebih besar daripada bumi.....jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2066.....

Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa. Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062. Maka dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066.....Wallahu'alam.

Semua ini telah dikaji dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1443 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri... Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. Hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. Sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.. Wahai saudara2, shabat2 dan teman2 bacalah email ini dengan mata hatimu... Baca dan FAHAMI & DALAMI lah AL-QURAN panduan hidup bahagia dunia hingga akhirat.

Tamat......
Begitu la ceritanya....sape nak percaya, percaya la....sape yang tak nak percaya, suka hati....tapi yang pentingnya tingkatkan ibadat sebab Kiamat itu pasti datang, itu janji Allah

August 28, 2010

Masa nya telah tiba

Pejam celik, rasa masa cepat sangat berlalu..masa terlalu mencemburui kita..Kalau dulu, masa kecik, hari raya merupakan saat-saat yang paling di nanti-nantikan..dalam fikiran nak pergi beraya kumpul duit raya..hahaha..

Teringat lagi zaman kegemilangan mengumpul duit raya dulu..pergi beraya satu felda..pergi macam nak wat rombongan cik bedah dan cik kiah..huhuhu..beg duit x tertinggal..untuk simpan duit raya yang bakal diterima nanti...bila dah besar ni, rasa malu pun ada mengenang kerenah masa kecik-kecik..

Dulu, kalau dapat rm1 dah puas hati..then sebar-sebarkan kat kawan lain..

"oii, rumah cik tu kan dapat rm1..baik ko pergi umah dia"...hahaha..kelakar

Tapi kan kalau nak pergi beraya, jangan lah serbu ramai-ramai...confirm dapat beberapa kupang je..

So, ape kena mengena dengan tajuk entry tu?masa ape yang dah tiba?

ada orang nak datang meminang ke???tuuuuuut...kantoi plak..hahahaha

Kini, masanya telah tiba!!!!aku dah hbis study, umur pun dah meningkat..so dah xlayak nak dapat duit raya...(memamg pun)..disebabkan aku ni sekarang jadik babysitter yang bertauliah...ada lah rezeki cikit untuk dijadikan duit raya..especially untuk anak-anak buah aku,,ramai oooo...14 orang tu...hahaha..sekali dalam setahun ape salahnya kan..excitednya nak bagi diorang duit raya...wahai anak-anak buah ku..nantikan duit raya dari ucu kalian ni eh...(giler poyo, macam lah banyak sangat nak bagi),,ala, kalau seringgit pun dah ok ape..hahahaha

budget untuk duit raya + kuih yang telah di order + baju raya 
kalau x cukup mintak mak la...hahahahaha
last2, mak gak yang jadik mangsa

Shahril kini cukup bergaya

Cermin mata dan topi di pakainya sendiri..well done shahril..mulut pun dah petah bercakap..umurnya baru setahun 5 bulan ..geram je tengok.. tak sabar raya ni nak jumpa dia..huhuhuhu

10 Tanda dia adalah jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

note : copy from here

Kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

note : copy from here

Belajar lah untuk menghargai

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Percubaan pertama

Haritu pergi watson..saja jalan-jalan..so pergi lah tengok barang-barang simply siti...ingat nak try simply 5 cream....try tester, best gak creamnya..so decide beli that cream..ada 3 jenis

C Bright 5 Cream
A dream product for every woman that provides an instant flawless complexion. It has been scientifically proven to brighten skin after regular applications. It provides five essential facial elements; moisturising, brightening, UV protection, makeup base and foundation in one step. Formulated with these five important elements it hides skin tone irregularities while protects the skin from UVrays. Nano Titanium Dioxide brightens up skin tone when use regularly.

New Age Simply 5 Cream
This star product is formulated with precious ingredients of 99% pure Nano Gold and Caviar extract. It immediately fills up wrinkles and lines to make them look be seen less visible while repairing damaged collagen and elastin to reduce wrinkles and lines. It also gives a natural coverage for of marks and blemish as it prepares the skin for make up.

Acne Solution Simply 5 Cream
This oil-free UV protecting star product formulated with unique active ingredients and specifically designed for acne skin. It suppress acne bacteria while regulate sebum production. It also helps create a natural coverage on marks and blemish as it prepares the skin for make up without irritating the current acne problem skin.

note : copy from http://www.simplysiti.com.my

Disebabkan aku punya ni xda mulus and licin macam model..so aku decide beli yang acne solution..cream ni pakai tea tree..smooth je muka bila pakai..harganya pun hanya RM39.90

Allah Maha Besar

This photo was captured by my sis..x ingat tahun bila..tapi dah lama la...gambar ni betul2 real bukan edit k...terpulang pada korang nak percayaa atau tidak..ini adalah kekuasaan Allah

Can u see the word Allah?pakcik ni jiran aku..kami rapat sejak kecik lagi,,,dah anggap macam ayah dan keluarga sendiri..

Penangan nescafe

Dah seminggu aku balik seremban selepas dua minggu berpuasa di semenchu, hari ni dalam sejarah aku bangun sahur..huhuhu..tinggal berdua je dengan akak..before this malas rasanya nak susahkan akak masak untuk sahur..lagipun akak tengah 'cuti puasa'..huhuhu

Bunyi alarm pukul 4.45 pagi..sedar-sedar dengar hari hujan..patutlah best semacam je tido malam tadi..sebelum ni sedar jugak bunyi alarm, tapi malas nak bangun..mimpi apa ntah malam tadi, tiba-tiba je nak bangun sahur..

Kat luar, hujan turun dengan lebatnya...(adakah ianya ayat karangan untuk sekolah rendah dulu??renung-renungkan lah)..aku switch on lampu kat dapur..masak air..amek cawan....

Tuang

dan secawan

serta dua keping

Selalunya lepas sahur tido semula..huhuhu..tapi, disebabkan oleh nescafe yang mengandungi kafein..mata aku terus je segar..xboleh tidur plak..so ape lagi..online lah sampai sekarang..huhuhuhu

Pelangi pudar tanpa warna

Ini hidup saya..
Putih..sunyi...sepi..
Setiap hari sama sahaja..
Sehingga la awak hadir dalam hidup saya..
Saya ingat lagi macam mana uniknya saat perkenalan kita..
Sejak dari hari itu, kemana saja saya pergi awak selalu ada di sisi..
Awak cukup suka main bola, saya pulak tidak pandai main, selalu kena buli dengan awak..
Tapi bila giliran saya main masak-masak, awak plak yang kena buli..huhuhu..
Awak ingat lagi tak satu hari tu, kita sama-sama daki bukit main jauh-jauh dalam hutan?..
Sampai umah habis kita kena marah sebab balik lewat sampai senja..
Tapi kita tak pernah serik..
Awak banyak ajar saya benda baru dalam hidup..
Setiap kali saya sedih, awak selalu datang menceriakan saya..
Kadang-kadang saya selalu jadi bahan ketawa awak..
Akhirnya kita sama-sama gembira..
Tapi..
Bahagia yang kita rasa, selalu tak kekal lama..
Satu hari awak tiba-tiba rebah, saya panik tak tau nak buat apa..
Puas saya menangis, tapi awak tak bangun-bangun jugak..
Awak pergi tinggalkan saya..
Kini..
Hidup saya kembali seperti dulu kala..
Kosong tanpa warna..
Pada Tuhan saya berdoa semoga awak tenang di sana..
Suatu hari saya akan menyusul awak jua..
Kerana awak lah satu-satunya bahagia saya..
Selamanya...

note : click here to watching the video,so sweet PELANGI PUDAR TANPA WARNA

Senarai Kekurangan dan Kebaikan

Seorang pemuda dan kekasihnya bernikah dan majllis perkahwinannya sungguh meriah. Suatu majlis yang gemilang dan riang dengan paluan kompang dan gendang

Pengantin perempuan cukup cantik dan anggun dengan gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah, segak dan tampan.

Setiap mata yang memandang setuju menyatakan mereka pasangan yang saling mencintai dan sepadan

Beberapa bulan kemudian si isteri bertanya kepada suaminya..

"Abang saya baru terbaca satu artikel dalam majalah bagaimana memperkukuhan hubungan dan tali perkahwinan kita"..katanya manja sambil menunjukkan majalah kepada suaminya.

Masing-masing akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita

Kemudian kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuat perkahwinan kita bersama lebih bahagia

Suami setuju dan merekan mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak fikiran mereka masing-masing

Keesokan pagi ketika sarapan, mereka bersedia untuk berbincang..

" saya akan mulakan dula ye " kata isteri

Lalu dia mengeluarkan senarainya. Banyak sekali, sekitar 3 muka surat

Ketika ia mula menbacakan satu persatu hal yang tidak disukai dari suaminya, dia memerhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir..

"maafkan saya bang, apakah saya harus berhenti" tanyanya

"oh tak mengapa, teruskan sayang " jawab suaminya

Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipatnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia

"sekarang giliran abang menbacakan senarai yang abang tulis"..

Dengan suara yang perlahan, suami berkata..

" abang tidak mencatatkan sesuatu di atas kertas ini, Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna, dan abang berkali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu seadanya. Awak terlau cantik dan baik bagi abang. Tidak satu pun dari peribadimu yang tidak menyenangkan kum sayang..."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh penyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerima dirinya seadanya, ia terus tunduk dan menangis

"abang, maafkan saya...."

p/s : tidak perlulah kita membuang masa memikirkan hal-hal yang negatif tentang pasangan kita, terima lah dia apa adanya. Untuk pedoman semua termasuk saya..

August 24, 2010

Need to be strong

Sudah lama rasanya aku tak menulis tentang perasaan aku..tentang ape yang aku rasakan..tentang kehidupan aku yang sebenarnya..entah la..tiba2 aku rasa laju je tangan aku untuk menulis..melepaskan ape yang bermain di dalam kepala ni…

Ketika ni..perasaan aku betul2 sangat sedih..mungkin mengenangkan tahun ni tahun kedua aku beraya tanpa abah…dan kat sini je tempat aku untuk meluahkan segalanya..aku kena lepaskan ape yang menjadi bebanan dalam kepala ni..walaupun tiada sorang pun yang sudi nak mendengar  dan membacanya…

Ramadhan kali ni…aku berpeluang berbuka dan bersahur bersama keluarga angkat ku di muar..aku dapat keluarga angkat ni dari program anak angkat yang di anjurkan oleh uitm dulu..aku sangat bersyukur dan bertuah ditemukan dengan keluarga ini..sebuah keluarga yang cukup sempurna bagi aku…sebuah keluarga yang terlalu baik dimata aku..kami berkumpul ketika buka dan sahur..dan abah akan membacakan doa untuk kami…detik yang amat bermakna bagi aku..dan x mungkin aku lupakan

Aku dilayan seperti anak dan adik beradik sendiri..sebuah keluarga yang saling menyayangi antara satu sama lain..tiada selisih faham, tiada oerbalahan…aku kagum dan bersyukur menjadi sebahagian dari mereka..sedikit sebanyak melupakan aku sengketa yang berlaku ke atas keluarga ku…sebagai anak yang bongsu, aku lebih merasakan tekanan itu..walaupun pada dasarnya aku kuat, tapi hakikatnya aku sorang je yang tahu…aku tanggung semuanya sorang2…aku berdiamkan diri untuk bersuara dan pendam kan semuanya..

Syukur la aku dapat bertemu dan mengenali mereka..aku masih dapat kasih sayang seorang abah..walaupun dua karakter yang berbeza..tapi, aku tetap rindukan arwah abah…semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah..Amin
I need to be strong…

August 19, 2010

I believe in us

I can't get you out of my mind...
I keep thinking about how much i enjoy talking with you..
How great you look when you smile, and how much i like your laugh..
I daydream about you off and on all day, replaying pieces of our conversation..
Laughing again about funny things you said or did..
I have memorized your face and the way you look at me..
Its melt my heart every I think about it..
And I catch myself smiling when I imagine what will happen the next we're together..
You must be something really special, because I can't remember the last I felt strongly about someone..
Even though neither of us don't know what the future holds..
I know one thing for sure...
You're one of the very best things that's happened to me in long time..
May Allah blessing us and give His mercy..Amin
My love alway with you....

Iklan