KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan
untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta
berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan
yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan
penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam
dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat
memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang
dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan
tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus
besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10
hingga 20 minit..
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat
menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang
dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal
boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke
dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas
mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan
untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu
menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang
lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan
pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti
lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air
sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda.
Yang mempunyai masalah insomnia atau memiliki masalah tidur. Masukkan
kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki
lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Lahirnya Ann Leora Binti Khairi Fizairi =)
5 months ago
2 comments:
dah mandi tu jangan lupa ambil wuduk...
wah! menarik la!
tp sy mmg suke mndi, huhuhuh
Post a Comment