August 09, 2009

surat 100 hari pemergiannya..

Entah kenapa malam ni aku tak dapat tidur..teringat kan arwah abah...kadang-kadang aku terfikir yang abah maih ada di rumah..tapi bila dah tersedar dari lamunan...itu semua hanya sekadar mimpi...kak nora email kan surat untuk ahli keluarga lain di sini...aku orang yang kedua membacanya setelah abg adam husband kak nora..
sebak sungguh bila membaca isi kandungan surat tu..tapi seboleh-boleh aku cuba kuatkan hati ku ini..luaran ku nampak kuat..tapi dalam..hanya Allah saja yang tahu..
16 hb august ni genap umur aku 21 tahun...dan tahun ini juga aku kehilangan abah...sukar untuk aku menggambarkan perasaan aku yang sebenar...sudah 79hari abah meninggalkan aku sekeluarga..tapi aku rasa macam semalam aku baru jumpa abah...
aku xdapat nak balik minggu depan untuk kenduri arwah abah..so aku kena poskan surat akak nora tu..tak dapat aku bayang kan perasaan mak nanti..perasaan adik beradik yang lain..
tak lama lagi dah nak puasa & then raya...arwah abah suka sangat makan biskut kacang...2 bekas untuk abah sahaja..kuih tu lah yang cepat habis...xtahu lah mak buat ke tidak kuih tu untuk raya tahun ni..sebab mak akan teringat kat arwah abah..
sarah rindu sangat kt abah....
tak tertanggung sebak di dada..
ni adalah isi kandungan surat dari kak nora

---------------------------------------------------
Assalamualaikum,
Buat tatapan Kak Long, Cik Mad, Kak Ngah, Abg Hosni, Abg Halim, Kak Ani, Abg Jamal, Kak Ujie, Abg Yunus, Adam suamiku, dan Sarah. Semoga semua sihat hendaknya.
Sedar tak sedar, sudah mencecah 100 hari pemergian Abah. Nora rasa seperti baru semalam mengucapkan selamat tinggal pada Abah di saat Nora pulang ke Semenchu pada bulan Disember 2008 yang lalu. Itulah kali terakhir Nora menatap wajah Abah. Rasa seperti mahu memutarkan kembali masa. Jika diberi peluang kali kedua, jika Abah masih ada, akan Nora cuba untuk jadi anak yang lebih baik. Yang mampu memberikan segala apa yang diminta dengan segala kudrat yang ada. Namun, semua itu tak mungkin akan berlaku sebagaimana yang kita tahu.
Walaupun Nora tidak dapat menghadirkan diri dalam perbincangan keluarga kali ini, sebagaimana Nora tak dapat hadir di kala pengebumian Abah, Nora yakin adik beradik yang lebih tua lebih mengetahui apa yang terbaik buat keluarga. Dengan peluang yang ada, bermuzakarahlah dengan berhemah, seperti orang dewasa dan berakal selayaknya. Apa yang Nora harapkan hanyalah, hati Mak perlu dijaga. Jangan ada sesiapa yang sakitinya. Pada waktu sekarang ini, sepatutnya tugas kita yang menjaga makan dan pakainya, bukan sebaliknya. Ini peringatan untuk diri Nora sendiri juga. Kita hanya ada satu peluang sahaja di dunia. Lakukan sebelum Mak pejam mata.
Hanya jika kalian tahu betapa sukar menjalani kehidupan bersendirian di sini. Dari segi luaran mungkin nampak seperti tiada masalah, tapi di dalam hati, emosi, tiada siapa yang ketahui. Mohon semua mendoakan agar Nora dikuatkan semangat melalui hari-hari mendatang di sini.
Sekarang, kita masih ada Mak. Wanita agung dalam hidup kita. Di mana syurga kita berada di bawah tapak kakinya. Betapa hati rasa cemburu melihat kalian boleh berada dekat dengannya. Sedangkan Nora hanya mampu mendengar suara, melihat gambar tak bernyawa. Setiap hari berdoa supaya kami dipanjangkan umur agar dipertemukan lagi di dalam keadaan kedua-duanya masih bernyawa.
Semoga dapat mencapai kata sepakat. Hanya satu yang nak kalian tahu, Nora sayangkan kalian semua.
Semoga hari raya dipertemukan kita. Wassalam.
Salam rindu,
Nora

No comments:

Iklan

0 comments: