July 08, 2009

dalam kenangan

23hb my 09...

aku x sangka subuh tu menjadi satu hari yang akan di kenang sampai bila2..aku dikejutkan oleh mak..abah sesak nafas..cuma kami tiga beranak je masa tu..hari masih gelap lagi..aku bergegas pergi panggil jiran sebelah..abah memang selalu sesak nafas macam tu..setiap kali tu juga, terus bersiap ke hospital...

aku tolong mengurut dada abah..berpeluh satu badan abah..sementara tu mak bersiap2 pakai baju nak g hospital..tak lama lepas tu, pakcik sebelah datang rumah..abah sesak nafas sangat2..abah suruh pakcik bawa g hospital..

abah mintak aku amik kan air untuknya..aku minumkan..tapi lepas tu dia tepis tangan aku..aku urut dada abah sorang2..

tiba-tiba....

badan abah longlai..aku sempat tahan, nasib baik tak tersungkur..aku sandarkan kat kerusi malas yang selalu abah duduk..aku panggil mak..

"mak,nape abah ni?"

mata abah dah terpejam..tapi mulut masih terbuka...pernafasannya pun makin perlahan..aku terus telefon abang dan kakak-kakak aku..

"abah pengsan"..tu je yang aku bagitau diorang..

pakcik & mak panggil abah..tapi abah tak menyahut..

pakcik zikirkn kat telinga abah..

cuma lidahnya bergerak-gerak sikit..

aku telefon akak2 yang lain..

"abah dah x sedar diri, macam dah nazak"...

Allah lebih menyayangi abah..kaki abah dah sejuk..mulut abah pun dah tertutup..tiada degupan jantung lagi..

abah dah pergi meninggalkan aku wat selama2nya..

aku telefon akak2..

"abah dah xda"..tu je yang terkeluar dari mulut aku

"dah check nadi"..akak masih x percaya

"ramai yang dah sahkan..memang abah dah xda"..jawab aku

aku rasa macam dalam mimpi...

betul ke ni???

padahal, malam sebelum abah meninggal..kami tengok tv sampai pukul 12 malam..siang tu pulak, abah sihat..keluar petang ke warung..abah xda pun terbaring sakit sebelum ni..

aku pergi ke ruang tamu..aku tengok abah dah terbaring kaku..aku bacakan surah yasin..semoga rohnya di terima di sisi Allah..aku teresak-esak..tapi jauh di sudut hati, aku merelakan abah pergi..Allah lebih menyayanginya..

pagi tu, rumah aku makin lame makin ramai yang datang..bersongkok..

aku masih lagi tertanya2...

abah dah meninggal ke???

akak2 semua dalam perjalanan..cuma kak long & abg halim je yang dah ada..

cuma mase nak bgtau kt akak nora je aku x sanggup..call dia xdapat..sebab payah nak panggilan ke australia..aku just msg..

xlama lepas tu, dia call..

"betul ke?"..

"kenapa jadi macam ni?"..tanya kak nora

aku xtau nk jawab pertanyaan dia..

aku sebak..kak nora pun dah meraung..

aku bagi hp kt mak..mak pun terdiam..

kak nora balik malaysia..dia amik flight lepas zohor ke singapore..

--------------------------------------------------

kak ngah sampai masa abah tengah di mandi kan..aku tengok abah terbaring kan tempat mandi jenazah..bersih muka abah masa tu..seolah-olah macam tidur..

dalam hati terfikir yang aku masih di dalam mimpi..bile agaknya nak terjaga???

abah siap di kafankan..di semburkan minyak wangi, di sikatkan rambut...

aku sekeluarga cium abah wat kali terakhir..aku peluk abah, cium dahi n kedua belah pipi abah..

sejuk.........................

aku merelakan abah pergi..........

kak nora je yang x sempat nak cium abah wat kali terakhir...

lebih kurang pukul 11 pagi, abah selesai di kebumikan..

ramai lagi sedara mara yang x sempat nak tengok..sebab imam nak kebumikan cepat..

----------------------------------------------------

hari ni...aku masih lagi xsangka yang abah akan pergi sebegitu cepat..aku sempat bersama lebih kurang 2 minggu selepas aku balik cuti semester..

sepanjang aku kat rumah, xda sebarang perubahan pada abah..cuma abah banyak tido n x banyak bercakap..

sejak abah pergi, aku temankan mak tidur..

setiap malam sebelum tido, aku mesti teringat kat abah..

cume doa sahaja yang aku kirimkan..

semoga arwah abah di tempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh n solehah..dan sentiasa di cucuri rahmat oleh Allah..

sekarang ni, aku mulakan semester baru dengan hati yang sebak...

sebak sebab abah x sempat nak tengok aku graduate nanti...

-----------------------------------

Iklan